Buletin

LI CHUNRONG DILANTIK SEBAGAI CEO PROTON? APA KOMEN DRB-HICOM?

Sejak beberapa hari lepas, industri automotif tempatan dikejutkan dengan laporan portal berita Xinhuanet yang dipetik China Automotif Review yang menyebut bahawa ketua pegawai eksekutif (CEO) Proton Holding sudah bertukar tangan di bawah kendalian Li Chunrong.

Tokoh automotif berpengaruh berusia 53 tahun itu dikatakan sudah meletakkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah dan naib presiden eksekutif syarikat yang diterajuinya. Beliau disahkan sudah berhijrah dari Dongfeng-Honda Engine Co Ltd dan menyertai Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd pada bulan lepas.

BACA: SIAPA SEBENARNYA GEELY?

Sumber dari Geely ketika dihubungi China Press bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen. Mereka akan membuat pengumuman pada masa yang sesuai.

DRB-HICOM juga enggan memberi komen langsung dan dalam kenyataan mereka dua hari lepas. Mereka hanya akan membuat pengumuman rasmi pada masa yang sesuai. Jika ada.

Li Chunrong, individu penting dari Dongfeng yang menyertai Geely bulan lepas – foto dari china daily

Li bukanlah individu asing dalam sektor automotif China. beliau memiliki lebih 30 tahun pengalaman dalam industri berkaitan, terutamanya sejak menyertai Kumpulan Dongfeng pada tahun 1987.

Sebelum menduduki posisi pengurusan kanan syarikat sebagai naib presiden eksekutif Dongfeng-Honda, beliau pernah berkhidmat sebagai timbalan pengurus Dongfeng Yueda Kia Motor Co Ltd.

Li juga bertanggungjawab sebagai pengurus besar bahagian kereta penumpang Dongfeng dan menjadi penyelia peringkat Kumpulan Dongfeng. Kerjaya beliau berkembang sejak menduduki ahli lembaga pengarah Dongfeng Automobile Co Ltd.

 

 

Beliau pernah dilantik sebagai timbalan pengurus besar Dongfeng Yueda Kia Motor Co Ltd, pengurus besar bahagian kereta penumpang Dongfeng, penyelia Dongfeng Group serta timbalan pengarah dalam lembaga pengarah Dongfeng Automobile Co Ltd.

Desas-desus pertukaran tampuk pengurusan Proton berlegar sejak beberapa hari lepas. Perjanjian Proton-Geely telah dimuktamadkan dan mereka sememangnya telah masuk ke fasa kedua – menyusun semula operasi syarikat bagi merancang pembangunan dan halatuju Proton untuk masa akan datang.

 

Google ads
Back to top button