Buletin

KAWASAKI TERYX KRX4 1000 – SEDAP JUGA BUAT REDAH BANJIR KAN

Anda ada banyak wang dalam akaun bank dan bawah bantal. Type R terkini dan juga BMW X4 juga sudah ada di garaj yang mana ianya cukup sesuai untuk dibawa ke tempat kerja dan juga ke surau. Tetapi dalam masa yang sama anda ada suatu hobi yang unik dan pelik, anda suka meredah ke kawasan hutan belantara yang penuh lecah dan juga berbatu.

Maka ada suatu jawapan kenderaan yang ideal buat anda. Inilah dia Kawasaki Teryx KRX4 1000. Ini adalah sebuah kenderaan off-road yang super duper lasak yang mana orang kita biasanya memang sebagai sebuah buggy off-road.

Kita mungkin sudah biasa melihat kenderaan sebegini dengan keupayaan dua tempat duduk sahaja di hadapan untuk menikmati definasi keseronokan laluan off-road. Tetapi kini Kawasaki mengambil langkah bijak apabila turut mula memperkenalkan kenderaan ringan lasak off-road ini dengan kapasiti 2+2 tempat duduk.

Sudah tentu casis model ini telah dipertingkatkan untuk membolehkan empat penumpang dibawa tanpa masalah dan berkompromi dengan keseronokkan dan keselesaan.

Teknologi suspensi elektronik canggih dan moden digabungkan dengan roda dan tayar yang besar memberikan pengalaman pemandu yang terbaik. Model Kawasaki Teryx KRX4 1000 diperkukuhkan di di segenap bahagian bagi membolehkan model lasak ini menempuh apa jua bentuk halangan tanpa masalah.

Berbanding model Kawasaki Terryx4, model Kawasaki Terry KRX4 ini direka dengan bahagian pintu sisi yang lebih tinggi.

Jarak kelegaan bumi juga sudah cukup tinggi, kira – kira 13.6 inci secara standard dan boleh ditinggikan lagi sehingga 14.4 inci.

Pada bahagian tayar, ada sesetengah pengeluar akan menggunakan tayar yang biasa – biasa untuk penjimatan kos tetapi Kawasaki telah memilih tayar daripada Maxxis Carnivores bersaiz 31 inci lengkap dengan ciri lapan penapis kalis pancit. Malah tayar ini juga boleh dikurangkan tahap tekanan angin (PSI) yang lebih rendah sekiranya memerlukankan pengurangan tahap hentakan.

Sistem suspensi Kawasaki Electronic Control Suspension (KECS) yang menggunakan teknologi Fox Live Valve ini. Sistem komputer akan membuat pelarasan separa kedua berdasarkan kelajuan kenderaan, pemilihan gear, kedudukan pendikit, sudut stereng dan keadaan permukaan rupa bumi, sentiasa menyesuaikan diri dengan apa yang akan berlaku di hadapan. Akan tetapi, pemandu juga boleh membuat pilihan tetapan sendiri sama ada Soft, Normal dan juga Firm.

Enjin bersesaran 999cc empat lejang ini mampu menawarkan kuasa tujahan sehingga 104 Nm. Sudah memadai untuk menggerakan kenderaan lasak off-road yang licik sebegini.

Kalau nak beli, harga di pasaran luar boleh mencecah sehingga $27,699 (RM122,480).

BACA : LEXUS ROV – KONSEP BUGGY MAHAL

BACA : MODENAS DIJANGKA UMUM PERKEMBANGAN KAWASAKI NINJA ZX-4RR TAHUN INI

Google ads

B K

Back to top button