Motosikal

MODENAS DIJANGKA UMUM PERKEMBANGAN KAWASAKI NINJA ZX-4RR TAHUN INI

Kawasaki Ninja ZX-4RR merupakan antara motosikal yang paling mencuri tumpuan sejak model itu diperkenalkan secara rasmi pada Februari 2023. 

Sejak itu, Ninja ZX-4RR telah pun memasuki beberapa negara jiran antaranya Singapura, Thailand dan Indonesia. 

Ketika pelancaran penjenamaan semula MODENAS termasuk Kriss 110 Fi baharu baru-baru ini, kami sempat bertanyakan perkembangan terkini mengenai Ninja ZX-4RR kepada Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan. 

Menurut Roslan, pihaknya akan membuat pengumuman mengenai perkembangan motosikal empat silinder itu selewatnya tahun ini. Namun, Roslan enggan mendedahkan bila model itu sebenarnya akan diperkenalkan ke pasaran tempatan. 

MODENAS selaku pengedar rasmi jenama Kawasaki di Malaysia setakat ini menawarkan Ninja ZX-25RR dan ZX-10R sementara ZX-6R pula telah pun mula dieksport ke pasaran China dan bakal memasuki pasaran Malaysia sebagai model CKD tahun depan. 

Untuk rekod, Kawasaki Ninja ZX-4RR dikuasakan enjin 4-silinder 399cc 4-stroke DOHC dengan penyejukan cecair yang menawarkan ‘rev limit’ lebih 15,000rpm. Kuasa enjin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan dengan bantuan klac basah. Platform tersebut berupaya menghasilkan 79.1hp dengan bantuan Ram-Air. 

Google ads
Back to top button