KAWASAKI VERSYS VERSI HIBRID DALAM PEMBANGUNAN
Selepas pelbagai spekulasi, pengeluar motosikal Jepun, Kawasaki dengan rasminya memperkenalkan Ninja 7 Hybrid dan Z7 Hybrid yang merupakan dua model hibrid sulung syarikat itu.
Bagaimanapun, projek hibrid Kawasaki dijangka tidak akan terhenti disitu apabila paten terbaru mendedahkan terdapat model hibrid ketiga yang sedang dibangunkann kali ini dalam bentuk motosikal ‘tourer’.
Berdasarkan paten yang difailkan di Jepun, kami nilaikan model yang dimaksudkan itu adalah Versys 7 Hybrid. Seperti kedua-dua model hibrid sebelum ini, Versys 7 Hybrid ini juga akan dipacu enjin parallel-twi 451cc dengan trenkuasa elektrik hibrid.
Untuk rekod, platform hibrid tersebut menawarkan 68.5hp pada 10,500rpm dan 60.4Nm pada 2,800rpm.
Namun perbezaan ketara di antara Ninja 7 Hybrid dan Z 7 Hybrid dengan Versys 7 Hybrid ini adalah kehadiran suspensi dengan jarak pergerakan yang lebih panjang, jarak kelegaann tanah yang lebih tinggi dan kedudukan menunggang yang menegak.
Walaupun belum ada pengumuman rasmi dari Kawasaki namun paten tersebut dengan jelas merujuk kepada bentuk Versys namun dengan trenkuasa hibrid termasuk kerangka ‘steel tube’ dengan motor elektrik diletakkan di atas transmisi.
Dalam pada itu, kami berasakan Versys versi hibrid juga relevan untuk pasaran global kerana lebih praktikal selain dari menawarkan penjimatan yang lebih baik berbanding model petrol.