
TRELER BAWA MUATAN KERETA UBAH SUAI TERBAKAR
Sebuah treler bersama muatan tujuh kereta ubah suai terbakar dalam kejadian di Kilometer 38.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara di Kulai, di sini, awal pagi hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.52 pagi.
Menurutnya, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, BBP Skudai dan BBP Tebrau dengan kekuatan seramai 25 anggota dihantar ke tempat kejadian.

“Kebakaran itu mengakibatkan tujuh kereta yang dibawa treler berkenaan turut terbakar hampir 70 peratus.
“Difahamkan, kereta-kereta itu dibawa ke Sepang bagi pertunjukan,” katanya menerusi kenyataan, di sini.
Katanya, kejadian tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.
“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – Harian Metro
- BACA: PERLUMBAAN SLOT CAR – GAJET PERLUMBAAN PALING CANGGIH GENERASI SUNAT BATANG PISANG
- BACA: DUCATI RAIKAN KEJUARAAN 2023 DENGAN PANIGALE V4 EDISI TERHAD
- BACA: ELAUN GURU PEDALAMAN DI KELANTAN HABIS DIGUNAKAN PERBAIKI MOTOSIKAL SETIAP MINGGU
- BACA: JANGAN BELI ATAU SEWA KERETA INI, DAPAT PENARAFAN KOSONG BINTANG ANCAP