BuletinMotosikal

KAWASAKI Z900RS DENGAN SUPERCHARGER – INI MEMANG RARE!

Kawasaki Z900RS mungkin telah mengembalikan semula nostalgia klasik Zepyhr yang pernah merajai jalanan kita satu masa dahulu. Tak lama selepas diperkenalkan di EICMA Itali, ia dilancarkan di Jepun pada pameran Tokyo Motorshow tahun lepas. 

Dan hanya beberapa bulan kemudian, ia sampai ke Malaysia dan dilancarkan secara rasmi menerusi dua varian.

BACA: KAWASAKI Z900RS DILANCARKAN. RM67K

Tak perlu menunggu lama, tuner Kawasaki di Jepun yang terkenal, DOREMI, telah mengambil sebuah Z900RS untuk diprojekkan. Ia bukanlah projek mereka yang pertama, kami pernah siarkan Kawasaki ZRX1200 yang juga telah dibina semula dengan gaya yang lebih menonjol.

Jika sebelum ini, perubahan yang dibuat DOREMI lebih kepada estetik dan gaya, Z900RS ini pula ternyata berbeza.

Ia telah di hybrid kan dengan sistem supercharger, seakan mengambil ilham daripada siri H2.

Sebenarnya, pihak DOREMI ingin membuat tribute pada model Kawasaki Z1-R TC, sejenis makhluk bernama Z1-RC yang telahpun menggunakan sistem turbo pada tahun 1977.

Ya, waktu Abang Japar berumur setahun, Kawasaki dah pakai unit pendesak turbo namun model ini hanya dipasarkan di Jepun dan Amerika Syarikat.

Intake supercharger pada enjin Z900RS ini telah disembunyikan pada bahagian hadapan tangki bahanapi. Sementara itu, intake pengambil udara pula di sebelah kiri dan kelihatan cukup artistik buatannya.

Selain pengubahsuaian enjin, pelana, bahagian ekor, lampu-lampu kecil telah digantikan dengan buatan custom aftermarket agar kelihatan lebih retro.

Sebenarnya, lampu isyarat membelok Z900RS standard LED tu memang gagal. bentuknya tak retro dan tak selari dengan konsep klasik. Sama macam cermin sisinya juga.

Rodanya telah digantikan dengan rim aloi Morris dan akhir sekali, set ekzos paip YY Pang. OK tipu, paip retrolah kot gayanya begitu.

KREDIT YOUNG MACHINE

 

 

 

 

Google ads
Back to top button