BuletinMotosikal

TAN SRI KHAMIL JAMIL AKHIRI KHIDMAT DALAM KUMPULAN DRB-HICOM

DRB-HICOM Berhad hari ini mengumumkan persaraan Bhg Brigadier General (K) Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Haji Mohd Khamil bin Jamil sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif kumpulan bermula 1 April 2018.

Bercakap mengenai perkara tersebut, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Syed Faisal Albar berkata;
 
“Y Bhg Brigadier General (K) Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Haji Mohd Khamil bin Jamil adalah “tiang” kepada kumpulan DRB-HICOM. Beliau adalah Pengarah Urusan Kumpulan selama 10 tahun sebelum menduduki jawatan Pengerusi Bukan Eksekutif kumpulan pada 1 Mac 2016. Di bawah pengurusannya, beliau telah berjaya mengembangkan perniagaan dengan cemerlang.
 
Pandangan jauhnya berjaya meletakkan perniagaan Pos Malaysia Berhad dan Pos Logistics Berhad dalam keadaan sangat berkembang. Ia termasuklah kepentingan teknologi e-dagang di mana kumpulan Pos Malaysia mendapat manfaat yang banyak.
 
Kumpulan DRB-HICOM juga menerokai sektor aero-angkasa dengan pengambilalihan omposites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) di mana ia kini bernilai RM11 billion sekarang berbanding hanya RM2 billion sewaktu mula dimiliki.
 
Beliau juga berperanan besar dalam menjadikan kerjasama syarikat penting PROTON bersama Zhejiang Geely Holding.
 
Ahli Lembaga Pengarah, kumpulan dan seluruh warga kerja DRB-HICOM berterima kasih terhadap sumbangan beliau,” ujar Syed Faisal.
 
 
 
 
 
Google ads
Back to top button