Buletin

KEBANGKITAN SEMULA NISSAN SILVIA: HARAPAN BARU DARI NISSAN?

Top Gear baru-baru ini mendedahkan bahawa Nissan Silvia baharu bakal diperkenalkan dan kenyataan itu bukan sekadar khabar angin, disahkan oleh Naib Presiden strategi produk global Nissan, Ivan Espinosa.

Dalam temu bual bersama Top Gear, Espinosa berkata, Nissan Silvia baharu akan mempunyai “kuasa yang baik pada harga berpatutan dan menarik minat pelanggan.”

Walaupun beliau tidak memberikan butiran terperinci, ia akan berharga lebih mahal daripada Z yang bernilai AS$43,000 (RM200,965) tetapi lebih murah berbanding GT-R, bernilai AS$121,000 (RM565,507).

Selain itu, Silvia juga akan mempunyai kuasa lebih besar daripada 400hp yang ditawarkan oleh enjin V-6 3.0 liter twin-turbo untuk Z, tetapi kurang daripada 565hp enjin V-6 3.8 liter twin-turbo dalam GT-R.

Masalah dihadapi oleh kereta sukan adalah ia berada dalam segmen kecil, menjadikannya sukar untuk mencipta perniagaan yang mampan.

Espinosa berkata, satu-satunya cara untuk Silvia baharu menjadi kenyataan adalah jika ia menjadi produk global yang dibina dalam jumlah lebih besar untuk menampung pelaburan.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut tentang potensi kerjasama bersama pengeluar automotif lain untuk mengurangkan kos, seperti yang dilakukan oleh Toyota dan BMW dengan Supra/Z4.

Walaupun Silvia akan kembali, kita tidak pasti sama ada ia akan menggunakan enjin pembakaran kerana Nissan telah mendedahkan bahawa mereka tidak lagi melabur dalam enjin ICE.

Saingan domestik seperti Toyota, Mazda, dan Subaru komited terhadap enjin gas yang akan menggunakan bahan api karbon neutral.

Tambahnya lagi, kebangkitan Silvia sebagai “idea yang jauh,” tetapi beliau akan cuba merealisasikannya.

Sementara kebangkitan Silvia kedengaran menarik, mungkin lebih masuk akal untuk melancarkan kereta sukan yang lebih murah di bawah Z.

Dengan harga lebih rendah, ia akan lebih menarik kepada pembeli muda yang tidak mampu mengeluarkan lebih daripada AS$40,000 (RM186,944) untuk Z baharu.

Kerjasama antara Nissan, Toyota, Subaru, Mazda, Mitsubishi, dan Honda untuk mencipta kereta yang lebih berpatutan mungkin adalah penyelesaian terbaik.

Google ads
Back to top button