Buletin

KEBOLEHAN LUAR BIASA ANAK GADIS MELAYU DALAM BIDANG AUTOMOTIF

Ramai menyangka yang dunia automotif ni hanya untuk lelaki. Kalau ada pun wanita biasanya dalam bidang pengkeranian ataupun jualan. Itu pun bekerja dalam pejabat berhawa dingin dan bukannya di bengkel-bengkel servis.

Nak jumpa sorang pun memang payah sedangkan kalau kerja lain seperti jurutera ataupun arkitek ramai pulak wanita. Ingat kerjaya sebagai mekanik tak lumayan ke? Tapi harus diingat zaman pun dah berubah dan mekanik dan digelar juruteknik tahu. Dankerja mereka bukannya sekadar menukar minyak enjin dan penapis minyak sahaja.

BACA: BERMINAT NAK JADI MEKANIK SUPERBIKE? BINA KERJAYA DI KAWASAKI MENERUSI BENGKEL GIATMARA

Tapi itu dulu, kini wanita pun dah ramau buktikan kehebatan mereka. Terbaru seorang pelajar Jurusan Automotif Sijil Servis Kenderaan Ringan Kolej Komuniti Bandar Baharu yang telah membuktikan beliau adalah sehebat mekanik lelaki dalam bidang ini.

Saksikan kehebatan Nurul Fatin Najihah Bt Ahmad, pelajar Jurusan Automotif Sijil Servis Kenderaan Ringan Kolej Komuniti Bandar Baharu, satu-satunya peserta wanita pertama yang berani mengambil bahagian dalam Pertandingan Kemahiran Bidang Automobil MyccSkill 2017 anjuran Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) bersama Unit Inovasi Proton pada bulan September 2017 bertempat di Kolej Komuniti Sg.Siput.

Nurul Najihah baru berusia 19 tahun mempunyai minat yang mendalam dalam bidang automotif dan berani berdepan dengan cabaran daripada peserta lain yang semuanya lelaki. Siapa kata bidang ini bukan untuk orang perempuan .

Jika disaksikan dalam video yang dirakam, kelihatan beliau melakukan proses overhaul dengan selamba dan teratur dan tidak terkial-kial seperti setengah mekanik pelatih yang kami pernah jumpa.

Kenapa perlu ada mekanik ataupun juruteknik wanita? Macam kami katakan tadi zaman sudah berubah dan banyak syarikat mahu mengubah angin. Tambahan pula mereka sedar yang kini pemilik kereta wanita sudah semakin bertambah.

Kebolehan beliau overhaul Enjin Proton Iriz VVT telah membuktikan tahap kompetensi wanita dalam bidang Automotif setanding peserta lelaki. Jika Fatin boleh membuktikan kebolehannya dalam bidang Automotif, kenapa bukan anda?

https://web.facebook.com/kkcbb/videos/1385204694939095/

 

 

 

Google ads
Back to top button