Buletin

TOYOTA SORA – BUKAN KERETA TETAPI BAS AWAM, GUNA TEKNOLOGI HIDROGEN & ELEKTRIK

Toyota bukan sahaja mahir dalam mengeluarkan kereta tetapi juga sekarang ini mahu menunjukkan kemampuan mereka bagi menghasilkan kenderaan pengangkutan awak menggunakan teknologi termaju.

Toyota merancang untuk melancarkan bas awam berasaskan model konsep Sora ini dan ia bakal dikeluarkan sebanyak 100 unit pada tahun depan. Bas ini akan digunakan di kawasan bandar Tokyo dan suatu yang ideal memandangkan bandar itu adalah lokasi Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Paralimpik.

Suatu yang menarik apabila Sora tidak menggunakan bahan api diesel, petrol mahu pun gas tetapi menggunakan teknologi hidrogen dan elektrik atau lebih dikenali sebagai fuel cell. 

Toyota membangunkan bas Sora bukan sekadar untuk pengangkutan awam tetapi berdasarkan visi mengharungi ikon bandar (enduring town icon) melalui dua idea utama iaitu menggunakan sebaik mungkin unit fue cell dan juga memperbaiki keselesaan penumpang.

Secara ringkasnya, Toyota mahu membangunkan bas untuk dunia dan masyarakat, mesra alam sekitar dan boleh menyumbang kepada komuniti lebih dari sekadar khidmat pengangkutan.

Untuk bas ini, Toyota menggunakan teknologi Toyota Fuel Cell System (TFCS) yang dibangunkan untuk model fuel cell iaitu Mirai. Memandangakn ia menggunakan teknologi hidrogen dan kuasa elektrik tidak emisi CO2 dilepaskan.

Bas ini dilaporkan mampu bergerak pada jarak 200 km/j dengan masa pengisian hidrogen untuk sepuluh tangki mengambil masa sepuluh minit.

Selain itu, Sora turut mempunyai sistem bekalan jana kuasa elektrik berkuasa 9 kW dengan pembekalan elektrik 235 kWh2 di mana ia boleh digunakan kepada pihak ketiga sewaktu kecemasan.

BACA: TOYOTA AKHIRI PENGELUARAN DI AUSTRALIA SELEPAS 54 TAHUN BEROPERASI

BACA: TAHUKAH ANDA, TOYOTA HILUX DAH 13 TAHUN TAK JUAL DI JEPUN – TAHUN INI MASUK KEMBALI

Memandangkan ini adalah produksi Toyota, aspek pengguna diutamakan. Toyota memberi pemerhatian penuh terhadap kemudahan, keselamatan dan keselesaan penumpang supaya mereka berpuas hati dan sentiasa mahu menggunakan bas ini dengan kerap.

 

Google ads
Back to top button