Buletin

KEDAI RASMI 3M KINI DI LAZADA

3M Malaysia, syarikat sains global yang terkenal dengan solusi automotifnya yang canggih, telah mengambil peluang pada hari ini untuk melancarkan rangkaian produk penjagaan kereta DIY. Ia akan membolehkan para penggemar kereta, dan individu-individu yang suka melakukan kerja-kerja pembaikan dan penarafan dengan sendiri untuk memelihara keadaan kenderaan mereka secara ekonomik dengan menggunakan produk-produk gred profesional.

Tambahan lagi, atas usaha 3M Malaysia untuk menjadikan produk-produknya lebih mudah untuk diakses oleh para pengguna di dalam negara, syarikat ini telah merungkaikan pelancaran Kedai FlagshipAutomotif 3M yang rasmi dan yang pertama di Lazada. Kedai ini yang beroperasi melalui laman e-dagang tersebut akan menampilkan rangkaian produk penjagaan kereta yang terdahulu serta yang terkini untuk melengkapi para pengguna dengan kelebihan produk-produk ini yang mudah untuk digunakan dan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Berucap sewaktu majlis pelancaran tersebut, En. ParameswaranNair, Pengarah Urusan 3M Malaysia berkata, “3M,sejak sekian yang lama telah memacu inovasi dan sains dalam bidang automotif, kami berbesar hati untuk memperkenalkan rangkaian produk penjagaan kereta kami yang membawa pembangunan saintifik yang diusahakanberdekad lamanya ke tangan anda. Kit penjagaan kereta DIY kami mudah untuk digunakan dan dapat memberikan hasil yang memberangsangkan tanpa menelan kos yang tinggi. Kami juga berasa teruja untuk melancarkan Kedai Flagship Automotif 3M yang pertama dengan Lazada untuk menyebarluaskan lagi rangkaian produk kami secara digital ke tangan para pengguna.”

ChristopheLejeune, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata, “Kami berbesar hati untuk menerima penyertaan 3M Malaysia di LazMall dengan kedai flagshipmereka yang berpaksikanproduk-produk automotif, juga atas dasar dorongankami sendiri untuk

memperkayakan pengalaman para pengguna kami dengan mempelbagaikan penawaran perkhidmatan dan portfolio produk-produk kami. Melalui pengenalan LazMall yang dirungkaikan baru-baru ini, kami dapat menawarkan destinasi membeli-belah dan perkhidmatan yang terbaharu kepada para pengguna kami melalui jenama-jenama tempatan dan antarabangsa di platform Lazada.”

 

Google ads
Back to top button