Buletin

PDRM TAWAR DISKAUN SAMAN SEHINGGA 80 PERATUS BERMULA ESOK

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan pengurangan bayaran saman sehingga 80 peratus bermula 9 sehingga 12 Disember ini.

Pengurangan bayaran saman berkenaan adalah bersempena sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Menurut laman rasmi Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), pembayaran saman boleh dilakukan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman dan semua kaunter bayaran trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah seluruh negara.

Bagaimanapun, pengurangan kompaun tidak ditawarkan bagi kesalahan seperti: –

  • Kemalangan
  • Kesalahan Yang Dikategorikan Tidak Boleh Kompaun
  • Kesalahan Yang Berstatus Perbicaraan
  • Kesalahan Berkaitan Kenderaan Berat
  • Memotong Secara Berbahaya
  • Menggunakan Lorong Kecemasan
  • Tidak Patuhi Isyarat Lampu Merah
  • Memotong di Garisan Berkembar
  • Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos

Justeru, orang ramai boleh merebut peluang pengurangan saman tersebut apatah lagi bagi mengurangkan beban berikutan situasi sukar ketika pandemik Covid-19. – FB JSPT/KOSMO!

Google ads
Back to top button