Buletin

GOCAR TAWAR DISKAUN 30% KHIDMAT SHARE ROUND TRIPS SEMPENA TAHUN BARU CINA

Syarikat GoCar, menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus khidmat GoCar Share Round Trips sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Menurut kenyataan media GoCar, tawaran berkenaan yang berakhir pada 11 Februari depan boleh digunakan pada semua kumpulan perkongsian kereta GoCar untuk tempahan pergi balik sahaja.

Kadar yang dikenakan bermula serendah RM68 sehari (terhad kepada RM80) dan termasuk perbatuan tanpa had.  

Ahli-ahli GoCar boleh menebus tawaran perayaan itu dengan menggunakan kod promosi “GOHUAT” pada bahagian pembayaran di aplikasi mudah alih GoCar.

Kod promosi berkenaan sah untuk penggunaan sekali sahaja untuk tempahan minimum tiga hari ke atas.

Pengguna GoCar baharu boleh mendaftar melalui aplikasi mudah ahli dengan yuran keahlian dikenakan sebanyak RM20.

Ia terbuka kepada semua pemandu berumur 18 tahun ke atas termasuk pemegang lesen P.

CEO GoCar Malaysia, Wong Goe Mun berkata, pihaknya sentiasa mencari kaedah dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

“Saya berharap melalui tawaran baharu ini, para pengguna dapat berjimat cermat serta mengurangkan beban mereka ketika sambutan Tahun Baru Cina,” katanya.

Untuk keterangan lanjut boleh memaut turun aplikasi mudah alih GoCar atau layari laman https://hi.gocar.my

Google ads
Back to top button