Artikel Pilihan

KEDUDUKAN BATERI 12V PALING UNIK DALAM KERETA. MENYUSAHKAN POMEN JE

Selain dikuasakan dengan enjin mekanikal, kenderaan sebenarnya dibekalkan dengan bateri 12 volt bagi menghasilkan arus elektrik yang akan digunakan untuk memberi kuasa kepada perkakasan elektrik. ECU, TCU, sistem multimedia, motor penghidup, lampu utama dan pelbagai lagi peralatan memerlukan bekalan kuasa elektrik

Biasanya bateri 12 volt ini akan diletakkan bersama-sama enjin di ruangan enjin di bahagian depan, memudahkan akses kepada mekanik bagi prosedur penukaran dan penyelenggaraan. Namun atas beberapa sebab ada juga bateri 12 volt ini diletakkan di bahagian lain kereta.

Kami senaraikan beberapa lokasi lain yang digunakan oleh pengeluar bagi meletakkan bateri 12 volt ini selain daripada ruangan enjin depan

1. Dalam ruang kargo belakang – kaedah pemasangan bateri di dalam ruang kargo di bahagian belakang ini dipopularkan oleh BMW, yang terkenal dengan enjin depan pacuan roda belakang. Meskipun memiliki ruang enjin yang besar, BMW memilih untuk meletakkan bateri di ruang kargo atas sebab agihan berat

Berat yang terlalu besar di bahagian depan akan menyebabkan pengendalian kereta menjadi “tumpul”. Bagi mengagihkan berat dengan sekata, sesetengah komponen perlu diletakkan dekat dengan pusat graviti, menjadikan kereta semakin stabil di selekoh.

Tapi nak tukar bateri bukan senang kerana bateri biasa diletakkan di bawah tayar gantian dan rapat ke lantai. Anda perlu membuka tayar gantian, membuka beberapa komponen penyaman udara sebelum dapat menukar bater

2. Bawah kusyen penumpang depan -digunakan oleh SUV Mercedes ML dengan bateri diletakkan dibawah kusyen. Bagi menukar bateri, kusyen depan perlu ditolak jauh ke depan, karpet perlu diselak, panel perlu dibuka, segala perkakasan sistem penyeman udara perlu ditanggalkan dan barulah bateri boleh diakses. Mesti pomen anda suka kan.

3. Dalam bampar depan sebelah kiri – salah satu sebab orang tak suka beli kereta buatan Amerika selain daripada kuat makan minyak ialah rekaan yang pelik dan disumpah oleh pomen. Sebagai contoh bateri Dodge Journey, diposisikan di dalam bampar sebelah kiri

Jika anda perlu menukar bateri, anda perlu menaikkan SUV berat ini dengan menggunakan jek tayar, membuka tayar, membuka panel plastik (fenderliner atau daun pisang) dan barulah bateri tadi boleh dilihat. Biasanya orang akan tukar bateri di pusat servis, tetapi kalau tersadai di tempat terpencil memang seronok jurutera Dodge melihat anda terseksa

4. Di bawah kusyen penumpang belakang – salah satu cara yang bagus digunakan oleh jurutera Dodge semasa menghasilkan model Durango. Untuk menukar bateri, anda perlu melihat di bawah bahagian kaki di penumpang belakang, dengan bateri biasa disembunyikan dibawah kemasan karpet. Eh sebelum kami terlupa, anda kena buka dulu kusyen belakang kereta Dodge Durango ni.

5. Dalam kabin, bawah papan pemuka – kaedah ini digunakan oleh Ferrari bagi model supercar 458. Walaupun agak mudah untuk diakses dengan hanya membuka satu panel, tetapi anda memerlukan mekanik yang mahir untuk membuka semua bracket, soket dan skru agar kemasan supercar ini tidak calar, kotor dan comot.

6. Bawah kusyen depan pemandu – salah satu pengeluar yang menggunakan lokasi ini ialah Volkswagen Touareg 2010-2018 dan seperti biasa jurutera Jerman memang pakar dalam merumitkan perkara yang mudah. Anda perlu membuka pelapik kaki, trim karpet di bahagian bawah kusyen pemandu, membuka beberapa skru untuk menolak kusyen pemandu ke belakang

Jika anda ingat seksaan anda sudah tamat, maka anda harus kreatif dalam menarik keluar bateri yang besar dan berat dari ruang sempit, membuka pendakap bateri, soket terminal dan lagi bagus kalau anda ada seorang pembantu yang memegang kusyen. Selepas selesai semua urat bahu, tangan, siku, leher dan urat kentut ada akan tegang.

7. Dalam fender kanan depan – salah satu syarikat yang diasaskan di Amerika dan setahu kami syarikat ini telah bangkrap. Antara model yang dihasilkan ialah Saturn Sky Convertible dengan bahagian bumbung boleh dibuka dengan bateri disimpan di ruangan enjin, tetapi rapat ke bahagian sisi kanan.

Jika anda ingin menggantikan bateri, anda perlu membuka panel kenderaan anda iaitu fender di sebelah kanan. Jika anda bernasib baik, anda hanya perlu membuka 8 skru untuk membuka fender tersebut. Kalau kurang nasib baik, ada 12 skru yang perlu dibuka. Owh ya, fenderi ni dihasilkan daripada fiberglass. Silap haribulan boleh pecah

9. Dalam ruang kargo depan- owh bagi supercar dengan konfigurasi MR, enjin dipasang di bahagian tengah cesi dengan pacuan roda belakang. Keadaaan ini memberikan ruang yang besar bagi jurutera meletakkan bateri dalam ruang kargo depan.

Tetapi bagi Audi, mereka lagi suka bateri tersebut dipasang di bahagian cesi, di bawah ruang kargo depan. Sekiranya anda ingin menukar bateri, anda perlu membuka dan menyelongkar semua bahagian kargo depan semata-mata ingin menukar bateri

Pendek kata kalau jenama anda memandu kenderaan jenama jepun, proses tersebut boleh siap dalam masa 20 minit sahaja. Akan tetapi ia boleh menjangkau sehingga 3 jam pada Audi R8

Google ads
Back to top button