
PORSCHE 356 – INILAH DIA MOYANG KEPADA SEGALA PORSCHE YANG ADA
Anda peminat kereta sport Porsche 911 yang cukup lagenda itu? Maka anda seharusnya membaca alkisah ini, Porsche 356 yang merupakan model kereta sport pertama keluaran Porsche.
Sebetulnya penghasilan model 356 ini, Porsche terlebih dahulu membina sebuah model prototaip yang diberi nama No. 1 pada tahun 1948. Dan model ini telah pun dirancang sendiri oleh Ferdinand Ferry Porsche (anak lelaki kepada Ferdinand Porsche yang merupakan pengasas).
Seperti mana saudara si 356 si Beetle yang telah direka oleh Ferdinand Porsche Sr sendiri, model 356 ini turut dilengkapi dengan enjin empat silinder, penyejuk udara, enjin belakang dan juga pacuan roda belakang.

Dan Porsche 356 ini adalah cetusan idea daripada Ferdinand Ferry Porsche bagi memenuhi impian beliau sendiri dan kemudiannya menjadi impian ramai lelaki disaat dunia sedang bergelut dengan Perang Dunia Kedua. Ideanya mudah, beliau mahu membina kereta sport berdasarkan material daripada model Volkswagen dan awalannya model ini diberikan kod nama VW Sport.
Dan akhirnya, terhasillah sebuah model sport dengan binaan badan diperbuat daripada aluminium dengan enjin, kotak gear, stereng, suspensi kesemuanya diambil daripada Volkswagen. Dengan berat hanya 585 kg, mode lini mempunyai kuasa 35 HP dengan kelajuan maksimum 135 km/j.
Akhirnya tanggal 8 Jun 1948, kereta sport enjin pertengahan Porsche pertama ini dengan bangganya mempunyai nombor casis 356-001 menerima homologasi rasmi daripada pihak berkuasa melalui permit individu yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Carinthia.
Pengeluaran varian coupé dan cabriolet Porsche Type 356/2 telah dimulakan di Gmünd pada separuh kedua tahun 1948 – dan seperti Porsche 356 No 1, model Type 356/2 juga menampilkan badan aluminium yang direka dan dibina oleh Erwin Komenda, Pengarah Pembangunan Badan di Porsche. Tetapi tidak seperti prototaip enjin pertengahan No 1, unit kuasa lawan mendatar dalam Jenis 356/2 dipasang di bahagian belakang untuk menyediakan ruang bagasi di bahagian hadapan.

Ternyata Ferdinand Ferry Porsche ini juga seorang yang bijaksana dalam urusan perniagaan apabila menyatakan bahawa Volkswagen perlu membayar sejumlah bayaran sebagai lesen kepada Porsche untuk setiap model Beetle yang siap dibina atas faktor model tersebut terlebih dahulu dibangunkan oleh Porsche sebelum perang. Ini sekali gus menjamin kesinambungan perjalanan Porsche untuk terus membangunkan model kereta sport yang hebat sehingga ke hari ini.
BACA : INILAH SATU-SATUNYA PORSCHE 911 EMPAT PINTU DI DUNIA INI – ATOK PANAMERA NI
BACA : PORSCHE 911 BINTANGI TRANSFORMERS TERBARU – LEPAS NI MIATA PULAK KOT


