Buletin

MERCEDES-BENZ BAKAL GUNA STEER-BY-WIRE PADA 2026!

Stereng kereta bukan sekadar satu komponen untuk memusing tayar, ia adalah titik sentuhan utama antara pemandu dan jalan raya.

Stereng memberikan maklum balas tentang tingkah laku kenderaan, membolehkan pemandu rasa permukaan jalan.

Kini, Mercedes-Benz bersedia memulakan era baharu dalam pengendalian kenderaan dan menjadi pengeluar pertama dari Jerman yang akan menawarkan kenderaan produksi dengan sistem steer-by-wire bermula tahun 2026.

Sistem steer-by-wire bukan baharu dan sudah digunakan beberapa pengeluar seperti Nio yang menggunakan sistem dari ZF

Teknologi steer-by-wire tidak memerlukan sambungan mekanikal di antara roda stereng dan roda hadapan.

Sebaliknya, arahan dari pemandu dihantar secara terus melalui kabel elektrik atau ringkasnya, “by wire”.

 

Rasa Stereng Baharu

Rasa stereng yang berbeza daripada sebelum ini menyediakan pengalaman pemanduan yang luar biasa dengan pelbagai kelebihan dalam pemanduan harian.

Kendalian menjadi lebih baik dan memudahkan proses pusingan serta parkir. Ini kerana steer-by-wire dapat mengurangkan usaha fizikal yang diperlukan dan tidak perlu lagi untuk mengubah genggaman stereng ketika parkir.

Pakar Suspensi Menyesuaikan Nisbah Stereng dengan Fleksibiliti

Pakar suspensi boleh memilih nisbah stereng secara berubah-ubah dan menyesuaikannya dengan fleksibiliti mengikut situasi yang berbeza.

Ini membolehkan pengoptimuman serentak ciri-ciri pemanduan yang sebelum ini berkonflik antara satu sama lain contohnya membolehkan gabungan yang lebih baik antara sporti dan keselesaan.

Ia juga boleh meningkatkan kestabilan arah dan ketangkasan sisi, terutamanya kerana interaksi yang baik dengan sistem stereng gandar belakang yang boleh mengubah sudut putaran hingga 10 darjah.

Getaran daripada permukaan jalan tidak rata yang sebelum ini disalurkan ke pemandu melalui stereng dan menjadi gangguan kini dapat hampir sepenuhnya dielakkan.

Potensi Penyesuaian Tinggi untuk Setiap Model

Potensi untuk penyesuaian adalah tinggi melalui penyesuaian stereng elektronik mengikut keinginan pelanggan

Setiap jenama atau model dalam satu siri kenderaan boleh diberikan karakteristik stereng yang berbeza.

Steer-by-wire juga membuka potensi baru dalam reka bentuk seni bina kenderaan dengan memisahkan stereng dan mekanisme stereng.

Manfaat tambahan teknologi ini pada masa depan di antaranya seperti permainan dalam kenderan yang lebih imersif apabila pemandu berhenti untuk berehat.

Fleksibiliti dalam Reka Bentuk Dalaman

Di samping itu, steer-by-wire memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam reka bentuk dalaman.

Stereng boleh direka lebih rata yang memberikan rasa lebih luas dan pandangan yang lebih baik untuk paparan pemandu.

Ia juga memudahkan pemandu keluar dan masuk kenderaan kerana bahagian bawah stereng yang rata memberikan ruang tambahan.

Bersama sistem pemanduan automatik bersyarat dan tahap tinggi pada masa hadapan, pemandu mungkin berpeluang menikmati kedudukan pemanduan lebih santai dalam tempoh yang panjang.

Operasi Stereng-by-wire 

  • Bergantung pada kelajuan pemanduan dan situasi, aktuator pada stereng (unit maklum balas stereng; SFU) menghantar isyarat pemanduan pemandu kepada unit kotak stereng (steering rack unit; SRU), yang mengawal roda.
  • SFU juga menghasilkan rasa stereng yang tipikal bagi Mercedes-Benz.
  • Oleh kerana pemisahan mekanikal antara stereng dan roda menghilangkan tork stereng, hubungan tayar dan jalan dikira berdasarkan model dengan bantuan daya pemulihan dari roda yang dipusing.

Ujian Menjangkaui Sejuta Kilometer

Sistem steer-by-wire baharu Mercedes-Benz ini telah menjalani lebih satu juta kilometer melalui ujian meja (test bench). Sistem ini turut diuji di tempat percubaan (proving ground).

Selari dengan piawaian keselamatan yang tinggi, Mercedes-Benz turut bergantung pada seni bina sistem bertindih (redundant system) selain penderia ketepatan tinggi dan unit kawalan berprestasi tinggi.

Ini bermakna terdapat dua laluan isyarat yang berfungsi serentak dengan jumlah aktuator yang diperlukan adalah dua kali ganda, serta sistem bekalan data dan kuasa yang bertindih.

Rekaan ini sentiasa memastikan keupayaan stereng.

Walaupun dalam keadaan yang sangat tidak mungkin berlaku seperti kegagalan sistem sepenuhnya, kawalan arah sisi masih boleh dilakukan melalui sistem stereng gandar belakang dan campur tangan brek bersasar pada setiap roda melalui ESP.

Sejarah Teknologi Stereng Mercedes-Benz

Teknologi stereng dengan Mercedes-Benz bukan baharu dan sudah berlangsung sejak 1883. Malah kereta pertama dunia tanpa stereng.

Carl Benz’s Patent Motorwagen pada tahun 1886 dilengkapi dengan pemegang stereng.

Pada masa itu, orang ramai biasa dengan kereta kuda dan menarik tali untuk mengarahkan kuda ke arah yang diingini.

Pada tahun 1894, barulah kereta mendapat stereng. Ia pertama kali digunakan dalam perjalanan dari Paris ke Rouen.

Jurutera Perancis, Alfred Vacheron, telah melengkapkan kenderaan Panhard & Levassor yang dikuasakan enjin Daimler dengan stereng.

Sejak daripada itu, banyak inovasi telah diperkenalkan dalam sistem stereng dan stereng di Mercedes-Benz:

  • 1893: Pengenalan sistem stereng kingpin pada Benz Victoria. Berbanding dengan stereng jenis putaran dari kereta kuda, risiko terbalik ketika melalui selekoh dapat dikurangkan dengan ketara.
  • 1902: Dalam keluarga model Mercedes-Simplex, stereng sudah dilengkapi dengan tuas. Tuas ini digunakan untuk melaras fungsi enjin penting seperti pemasaan pencucuhan dan pembentukan campuran.
  • 1920-an: Sebuah cincin dimasukkan ke dalam stereng untuk hon.
  • 1958: Model 300 (W 189), yang dikenali sebagai Adenauer Mercedes, adalah kereta Mercedes-Benz pertama dengan stereng kuasa sebagai pilihan tambahan.
  • 1967: Bermula Ogos, Mercedes-Benz melengkapkan semua kereta penumpang dengan turus stereng teleskopik dan penyerap impak dalam stereng dan satu pencapaian penting dalam perlindungan penumpang.
  • 1976: Sistem stereng keselamatan baharu dengan tiub beralun yang boleh berubah bentuk diperkenalkan dalam siri W 123. (Tiub beralun ini direka untuk menyerap impak dan mengurangkan kecederaan semasa kemalangan).
  • 1990-an: Mercedes-Benz memulakan peralihan secara beransur-ansur ke stereng kuasa elektrik. Sistem ini menggunakan motor elektrik untuk bantuan stereng, yang mengurangkan tenaga manusia yang diperlukan dan meningkatkan kecekapan tenaga.
  • 1996: Kenderaan penyelidikan F 200 Imagination dengan kawalan tuas sisi (sidestick) pertama kali diperkenalkan.
  • 1997: Kenderaan penyelidikan F 300 Life Jet dilengkapi dengan tuas kawalan gaya pesawat.
  • 2001: Roda kenderaan penyelidikan F400 Carving condong mengikut arah selekoh hasil pelarasan camber aktif pada roda.
  • 2009: F-Cell Roadster dikawal menggunakan joystick.
  • 2020: Sistem stereng gandar belakang pilihan pada S-Class meningkatkan gerakan dan dinamik kenderaan dengan melibatkan secara aktif roda belakang dalam pergerakan stereng.
  • 2022: Sistem DRIVE PILOT untuk pemanduan automatik bersyarat pertama kali dilancarkan di Jerman. S-Class dengan DRIVE PILOT (pilihan) dilengkapi sistem bertindih pada stereng, brek dan sistem elektrik terbina dalam.
Google ads
Back to top button