Buletin

FORD ESCORT MK1 RS1600 NAK DIJUAL, HARGA JANGKAAN CECAH RM348K!

Kereta klasik buatan Jepun dan Barat masing-masing mempunyai nilai tersendiri. Kali ini ada sebuah Ford Escort Mk1 RS1600 yang ditawarkan untuk bidaan secara dalam talian oleh Car & Classic di United Kingdom.

Satu ciri unik ialah kereta ini asalnya dimiliki oleh Ford dan mempunyai tanda Show Car pada plat badannya. 

Dokumen sejarah dan buku log hijau di bawah nama Ford masih kekal bersama kereta yang telah diperbaharui ini.

Dari segi sejarah, RS1600 sememangnya model terkenal dan mempunyai tarikan tersendiri walaupun sudah berusia.

Ianya adalah produk Ford AVO (Advanced Vehicle Operations) yang menawarkan produk prestasi kepada pengguna kebanyakan.

RS1600 menggunakan enjin BDA iaitu enjin produksi pertama dari Cosworth. 

Satu lagi sejarah hebat tentang RS1600 ialah prestasi cemerlang di dalam perlumbaan rali dengan memenangi Rali RAC pada tahun 1972, 1973 dan 1974.

RS1600 juga hebat dalam perlumbaan kereta penumpang.

Berkenaan kereta yang hendak dijual ini, ianya ‘terselamat’ dari ditukar kepada kereta lumba dan berada di Utara Ireland sejak 50 tahun lalu selepas dibeli dari Ford pada 1972.

Badan kereta telah dicat baharu dan juga masih selamat dengan roda besi 13 inci dan penutup hab.

Enjin BDA berkuasa 115bhp telah direbuild dan unit sama yang dikeluarkan oleh Ford AVO.

Pada bahagian dalam, riasan masih asli kecuali kerusi yang dibalut semula. 

Dengan usia yang panjang, tidak banyak RS1600 masih tinggal apatah lagi dalam keadaan sebegini.

 

Berapa harga kereta ini? Car & Classic menganggarkan harganya boleh mencecah £65,000 (RM348,323)!

Bidaan bermula pada 11 Mei selama seminggu.

BACA: TAHUKAH ANDA? KLIP FORD INI DIBUAT DARIPADA JARING IKAN

BACA: FORD F-100 ELUMINATOR, PIKAP KLASIK KUASA ELEKTRIK!

BACA: FORD FOCUS ST 2022, 2.3L ECOBOOST 6 KELAJUAN MANUAL!

Google ads
Back to top button