Buletin

KEMPEN ASIA 360° VOLVO TRUCKS

Volvo Trucks, salah satu pengeluar utama trak-trak tugas berat di dunia telah bekerjasama dengan pihak National Geographic Channel untuk memulakan kempen Asia 360° mereka semalam.  

Asia-360-Volvo-Trucks-Mekanika   (1)

Sempena pelancaran rangkaian trak baru mereka di Asia pada bulan Mei ini, Volvo Trucks menyerlahkan pelbagai perspektif kemajuan dan memulakan satu perjalanan maya dari Singapura ke Korea Selatan.

Para pengguna boleh mengikutinya menerusi satu laman web mikro, www.perspectivesofprogress.com, yang menampilkan kisah tiga orang personaliti yang memberi inspirasi, di samping satu koleksi rakaman gambar panorama 360° lokasi-lokasi paling menarik di Asia.  

Asia-360-Volvo-Trucks-Mekanika   (1)

“Di Volvo Trucks, kami selalu meneraju kemajuan untuk para pelanggan dan masyarakat secara umumnya. Kami telah menyumbang kepada kemajuan Asia sejak hampir 80 tahun lalu. Kami ingin membuktikan komitmen kami bukan sekadar bersifat satu pihak sahaja, tetapi menyeluruh. Sebab itulah inovasi di dalam produk kami adalah untuk tujuan yang lebih hebat,” kata Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Kenderaan Volvo Trucks di Asia, Elisabeth Larsson.

Bakal mendefinisikan semula standard dalam aspek pengangkutan, rangkaian baru itu menampilkan Volvo FH sebagai produk utamanya. Volvo FH telah dinobatkan sebagai trak antarabangsa terbaik atau International Truck of the Year 2014, selain memenangi anugerah berprestij red dot dan If atas reka bentuknya.

Asia 360° memaparkan perspektif-perspektif kemajuan yang berbeza di Asia menerusi  pandangan tiga orang personaliti terkenal. Memulakan perjalanan di Singapura, personaliti pertama yang ditampilkan ialah Sherilyn Lim, pengamal pelbagai bentuk seni mempertahankan diri wanita terkenal di Asia Tenggara, sebelum menuju ke Bangkok bertemu dengan Greig Craft, pengasas Pencegahan Kecederaan Asia yang merintis satu pergerakan keselamatan di Thailand.

Asia-360-Volvo-Trucks-Mekanika   (2)

Akhirnya, perjalanan akan ke Beijing, di mana Li Hu, pengasas OPEN Architecture berkongsi kesungguhannya untuk mencipta dan menjuruterakan semula wajah kota China.

Pemandangan indah Singapura, Kuala Lumpur, Sungai Mekong di Laos, Wuhan dan Shanghai menyimpulkan perjalanan epik ke seluruh Asia dengan rakaman-rakaman kemajuan mengagumkan yang menggalakkan penerokaan dari setiap sudut.

Asia-360-Volvo-Trucks-Mekanika   (1)

Para pengguna internet digalakkan untuk berkongsi perjalanan ini melalui platform sosial mereka iaitu Facebook atau Weibo dan tag #Volvo360 mulai hari ini hingga 13 Jun 2014.

Seorang pemenang bertuah akan berpeluang memenangi satu percuatian hujung minggu dengan semua perbelajaan ditanggung di  Singapura bersama seorang rakan! Layari laman web www.perspectivesofprogress.com untuk memulakan eksplorasi maya ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button