Buletin

TOYOTA TRAFFIC TOTS KE LEBIH BANYAK SEKOLAH

Mula dilancarkan pada tahun 2012, program Toyota Traffic Tots adalah lanjutan daripada Program Keselamatan Jalan Raya Toyota yang diadakan pada 2006 untuk meningkatkan pengetahuan mengenai keselamatan jalan raya dalam kalangan murid sekolah.  

Toyota-Traffic-Tots-Mekanika (3)

Bersama rakannya Smart Reader Worldwide, Toyota Traffic Tots telah membawakan tip-tip dan maklumat berkaitan keselamatan jalan raya kepada lebih 4,000 kanak-kanak prasekolah berusia 4 hingga 6 tahun di seluruh negara sejak dua tahun lalu.

Pada tahun ini, progam yang disokong oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya kini dikembangkan ke sepuluh buah sekolah swasta.

Toyota-Traffic-Tots-Mekanika (8)

“Kami bangga untuk menyatakan bahawa program Toyota Traffic Tots semakin popular, sekali gus membuktikan bahawa ia telah memberi impak kepada murid, ibu bapa dan guru-guru yang mengambil bahagian,” kata Presiden UMW Toyota, Datuk Ismet Suki.

Menggunakan lagu, tarian dan lakon peranan, tip-tip mengenai keselamatan jalan raya diajar dalam satu sesi setiap minggu selama tujuh bulan.

Toyota-Traffic-Tots-Mekanika (7)

Pengajaran itu kemudian dikategorikan kepada keselamatan penumpang dan pejalan kaki agar lebih mudah difahami. Sekolah-sekolah yang mengambil perhatian menyatakan memang wujud kesedaran yang lebih tinggi dalam kalangan ibu bapa sejak dua tahun lalu.

“Statistik menunjukkan kematian dan kecederaan dalam kalangan kanak-kanak akibat kemalangan jalan raya adalah tinggi. Pada tahun 2009 misalnya, 15.5 peratus kematian yang disebabkan oleh kecederaan akibat kemalangan jalan raya melibatkan kanak-kanak berusia bawah 18 tahun.

Toyota-Traffic-Tots-Mekanika (2)

“Justeru, pendidikan mengenai keselamatan jalan raya perlu dimulakan seawal yang boleh. Program Toyota Traffic Tots sememangnya bertindak selaku pelengkap kepada Pendidikan Keselamatan Jalan Raya yang diajar di sekolah,” tambah Ismet.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button