Buletin

VOLVO TRUCKS LANCAR DYNAFLEET

Volvo Malaysia hari ini memperkenalkan  sistem pengurusan pengangkutan berasaskan laman web, Dynafleet pada acara Ekspo Bas, Trak & Komponen Antarabangsa Malaysia 2015 (MIBTC’15) kali kedua.

Volvo-Dynafleet-mekanika (3)

Dynafleet adalah langganan penyelesaian telematik Volvo yang boleh memperkemaskan perancangan dan pelaksanaan tugasan pengangkutan.

Menerusi Dynafleet, syarikat-syarikat pengangkutan mampu mengukur penggunaan bahan api, mengesan lokasi serta berkomunikasi dengan setiap trak dan pemandu menggunakan satu aplikasi yang mesra pengguna.

Volvo-Dynafleet-mekanika (2)

Dynafleet menawarkan fleksibiliti kerana ia boleh diakses dengan mudah menggunakan telefon pintar atau tablet. Dynafleet dilancarkan buat pertama kalinya pada tahun 1994. Ia menjadikan Volvo pengeluar trak Eropah pertama yang menawarkan sistem pengurusan pengangkutannya sendiri.

Manfaat terbesar Dynafleet adalah fungsi Driver Coaching di dalam kabin. Para pemandu akan diajar secara langsung tentang cara untuk mengurangkan penggunaan bahan api dan meningkatkan keselamatan. Sekiranya pemandu berjaya menambah baik kecekapan penggunaan bahan api sehingga 3%, ia mampu menjimatkan banyak wang dalam jangka masa panjang. 

Volvo-Dynafleet-mekanika (5)

“Hari ini, kami berbangga untuk memperkenalkan Dynafleet. Sejak diperkenalkan, lebih 90,000 unit trak telah dipasang dengan sistem Dynafleet Volvo. Sejak beberapa tahun lalu, kami telah meningkatkan dan menambah baik sistem ini. Malaysia merupakan antara pasaran terawal di Asia yang berpeluang menggunakan teknologi ini,” kata Pengarah Urusan Volvo Malaysia, Mats Nilsson.

Dynafleet mempunyai pelbagai fungsi yang digabung menjadi tiga perkhidmatan utama iaitu Bahan Api & Alam Sekitar, Penentu Lokasi dan Mesej. Perkhidmatan-perkhidmatan ini boleh ditawarkan secara indivdu atau apa jua kombinasi. Ia juga boleh disepadukan dengan mudah ke atas sistem pengurusan sedia ada.   

Volvo-Dynafleet-mekanika (1)

Aplikasi Dynafleet baharu kini boleh didapati dan dimuat turun daripada Apple iTunes dan Google Play. Bagaimanapun, Dynafleet perlu dilanggan untuk membolehkannya berfungsi.

Volvo kini menawarkan dua pakej promosi kepada para pelanggannya yang berminat untuk melanggan Dynafleet. Bermula pada 14 Mei 2015, pelanggan layak menerima langganan Dynafleet selama tiga tahun secara percuma apabila menempah Volvo FM/FMX baharu dan melanggan Perjanjian Servis Emas (Gold Service Agreement). Untuk model-model trak yang lain, Volvo menawarkan satu perkakasan retro-fit dengan langganan percuma Dynafleet selama tiga bulan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Volvo-Dynafleet-mekanika (6)

Buat pertama kalinya di Malaysia, Volvo Malaysia ada memperkenalkan patung ujian pelanggaran tertuanya, ‘Clive Alive’ bagi mengukuhkan lagi nilai utamanya iaitu keselamatan.

Satu peraduan turut dijalankan, apa yang perlu anda buat hanyalah merakam gambar dengan Clive Alive dan tag Volvo Trucks di laman Facebook menerusi #VolvoCliveAlive. Gambar-gambar yang menarik berpeluang memenangi barangan eksklusif Volvo. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button