Modifikasi

SISTEM KOMUNIKASI PAJERO

Untuk peminat aktiviti off-road, selain daripada kenderaan diubah suai untuk kegunaan lasak, satu perkara yang sama pentingnya ialah alat komunikasi kenderaan. 

DSC_0298

Di hutan yang tidak ada lampu jalan, servis tow truck dan talian telefon membuatkan komunikasi di antara peserta dan dunia luar amat penting. Bayangkan jika ada anggota expedisi yang jatuh sakit, siapa nak tolong? Bantuan helikopter daripada pihak Bomba, polis atau tentera boleh digunakan. Tetapi sudah pasti mereka perlu diberitahu terlebih dahulu tentang kecemasan tersebut.

DSC_0323

Sebelum sembang pasal alat komunikasi, kita cerita dulu tentang Pajero ini. Pajero generasi kedua ini masih mengekalkan enjin 4M40 diesel turbo dengan sesaran 2,800cc. Kuasa yang mampu dijana sekitar 125hp dengan tork 314Nm pada rpm serendah 2,000rpm. Nampak macam sikit, tetapi untuk off road, tork lebih penting berbanding kuasa kuda, terutama pada rpm yang rendah.

DSC_0310

Pajero ini juga menerima kerja-kerja body lift bagi meninggikan lagi badan kereta.  Sementara keempat-empat penyerap hentak diganti dengan Old Man Emu bersama rim offroad Deerfield dan tayar Maxxis Mudder yang direka khusus untuk mengharung laluan berlumpur yang menjadi trade mark hutan hujan tropika.

DSC_0311

Bagi melindungi enjin daripada kerosakan, sebuah skid plat JAOS telah dipasang. Bahagaian hadapan kereta pula dilindungi oleh sebuah kangaroo bar dengan bampar besi. Tidak ketinggalan, winch jenama Warn bersama lampu limpah Cibie yang cukup berguna di dalam hutan.

DSC_0302

Sebenarnya, sistem komunikasi yang ada pada Pajero ini ialah yang paling canggih pernah saya lihat. Pajero ini merupakan tunjang kepada sistem komunikasi sesebuah konvoi kerana ia berfungsi sebagai radio repeater.

Repeater yang digunakan ialah Motorola CDR700 yang dipasang di bahagian ruang kargo Pajero. Kalau anda perasan, antena yang dilitupi kanvas di belakangnya itu  adalah sebahagian daripada aksesori repeater Motorola tersebut.  

DSC_0312

Untuk komunikasi radio jarak dekat, Pajero ini disediakan dengan radio Icom 706MKIIG yang mampu berkomunikasi dengan semua jenis isyarat radio dan mudah untuk digunakan.

Selain sistem radio jarak dekat dan sederhana, Pejero ini juga mempunyai sistem komunikasi jarak jauh. Ia dilengkapi telefon satelit Sony Ericsson R190, telefon satelit terkecil di dunia. Saiznya yang kecil memudahkan ia dibawa di dalam kenderaan bersama cradle sekali. Dengan adanya telefon satelit, para peserta konvoi tidak perlu risau kerana perhubungan dengan dunia luar dapat dikekalkan di mana sahaja mereka berada.

DSC_0316

Pajero ini juga mempunyai beberapa meter tambahan yang biasa dilihat dalam kenderaan berenjin turbo. Pemiliknya menggunakan meter Jasma yang memberi bacaan boost, vakum dan suhu air. Semuanya diletak tinggi di atas head liner sebab papan pemuka sudah penuh dengan aksesori radio.

[hr]SPESIFIKASI

Pembuat / Model: Mitsubishi Pajero Super Exceed

Enjin: 4M40 2800cc turbo diesel

Sistem gantungan: Body lift, penyerap hentak Old Man Emu

Rim / Tayar: Deerfield / Maxxis Mudder

Luaran: Kangaroo bar dan bumper besi, winch Warn, skid plate JAOS, snorkel, lampu limpah Cibie, roof rack

Dalaman: Meter-meter JASMA, alat radio repeater Motorola CDR700, sistem radio Icom 706MKIIG, sistem telefon satelit Sony Ericsson R190

[hr]GALERI 

DSC_0299DSC_0301DSC_0303DSC_0304DSC_0305DSC_0307DSC_0315

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button