Buletin

KEMPEN NAMAKAN SUV SEAT BAHARU – HANYA PERLU PILIH LOKASI DI SEPANYOL

Sudah menjadi adat pengeluar kenderaan untuk menganjurkan pertandingan bagi menamakan model baharu keluaran mereka. Kebiasaannya, hadiah juga lumayan iaitu sebuah kenderaan yang dinamakan itu sendiri.

Seat (disebut siat) tidak terkecuali dan sempena pengenalan SUV baharu tujuh tempat duduk pada tahun depan, pengeluar dari Sepanyol itu menjemput orang ramai untuk menamakannya.

Lebih mudah, syarat utama hanya perlu memilih salah satu nama lokasi di Sepanyol.

Sejak pengumuman model baharu satu segmen di atas SUV Ateca itu, banyak cadangan diterima dari seluruh Sepanyol dan memandangkan ia telah mendapat sambutan hangat Seat berpendapat kenapa tidak dibuat secara rasmi sahaja.

Menariknya, walaupun praktis itu sudah biasa dibuat hatta oleh Proton, Seat baru pertama kali hendak memulakannya dalam sejarah penubuhan syarikat itu.

Berikut ialah empat peringkat kempen cadangan nama SUV baharu Seat;

1.Cadangan nama

Bermula hari ini hingga 22 Jun, penyertaan ialah terbuka untuk orang awam. Selain daripada nama geografi di Sepanyol, cadangan hendaklah sepadan dengan nilai jenama syarikat dan karekteristik produk dan senang untuk disebut dalam pelbagai bahasa. Peserta boleh menghantar seberapa banyak cadangan yang mereka mahukan.

BACA: 5 BIDANG TUGAS PENTING DALAM INDUSTRI PEMBUATAN KERETA, TETAPI RAMAI YANG TIDAK TAHU

2. Senarai pendek

Pakar di Sepanyol dan penamaan akan terlibat sama dalam proses ini. Pelanggan dari pelbagai negara yang terlibat sama dalam kumpulan fokus juga dijemput dan ujian akan diadakan di pasaran untuk menyenarai pendek sekurang-kurang tiga nama sebelum diundi. Senarai nama finalis akan diumumkan pada Pameran Kenderaan Frankfurt pada 12 September depan.

Seat Ateca – SUV baharu nanti satu segmen di atasnya

3. Undian akhir

Undian ini akan dilakukan secara umum bermula 12 hingga hingga 25 September. Nama yang terpilih berdasarkan undian paling banyak diterima.

4. Pengumuman nama

Akhir sekali, nama dan pemenang akan diumumkan oleh Seat pada 15 Oktober 2017.

Sebelum itu, sedikit latar belakang mengenai konvensyen nama Seat.

Seat mula menggunakan nama geografi Sepanyol sejak tahun 1982 lagi dengan nama Ronda. Sejak itu, 13 nama sudah digunakan seperti Ronda, Ibiza, Malaga, Marbella, Toledo, Inca, Alhambra, Cordoba, Arosa, Leon, Altea termasuk dua yang paling baharu iaitu Ateca dan Arona.

SUV baharu Seat nanti adalah yang ke 14 dan ini bermakna senarai 13 nama tadi sudah tidak boleh digunakan. Sebagai percambahan idea, mungkin boleh cadangkan nama pasukan bola sepak Sepanyol.

Google ads
Back to top button