Buletin

KEMPEN PEMERIKSAAN TAYAR CONTINENTAL

Sempena sambutan Hari Raya tidak lama lagi, Continental Tyre PJ Malaysia Sdn. Bhd. (CTM) telah menganjurkan satu kempen pemeriksaan tayar.  

Continental-Raya-2016-mekanika (1)

Kempen tersebut dijadual bermula di empat buah Tesco Extra mulai 9 Jun hingga 3 Julai 2016. Ia bertujuan mendidik pengguna jalan raya tentang aspek penyelenggaraan tayar bagi memastikan perjalanan balik kampung yang selamat.

“Para pengguna perlu dididik mengenai tekanan tayar dan bacaan bunga tayar yang betul. Tanpa semua ini, jarak brek kenderaan akan menjadi lebih jauh dan memberi kesan buruk jika berlaku kemalangan,” kata Pengarah Urusan CTM, Cameron Wilson.

Continental-Raya-2016-mekanika (2)

Booklet yang mengandungi tip-tip penyelenggaraan tayar dan premium Continental akan diedarkan. Bukan itu sahaja, sebagai penaja rasmi UEFA Euro 2016, CTM turut menganjurkan siri jelajah di lokasi sama yang membolehkan pengunjung memenangi pelbagai barangan UEFA Euro 2016 yang istimewa.

Jadual kempen adalah seperti berikut:

Tarikh Lokasi
9 hingga 12 Jun Tesco Extra Alma (Bukit Mertajam)
16 hingga 19 Jun Tesco Extra Mutiara Damansara
23 hingga 26 Jun Tesco Extra Tebrau
30 Jun hingga 3 Julai Tesco Extra Bandar Bukit Puchong

 Maklumat lanjut, sila layari laman web: https://www.facebook.com/continental.malaysia

Google ads
Back to top button