,
Motosikal

EKZOS AKRAPOVIC UNTUK YAMAHA XSR900

Pengeluar ekzos motosikal terkenal Akrapovic memperkenalkan dua produk terkini untuk model naked roadster Yamaha XSR900.

 

Yamaha-XSR900-Akrapovic-exhaust-mekanika (1)

Satu daripadanya dibina berdasarkan kepada homologasi untuk kegunaan di atas jalan raya dan memenuhi piawaian emisi Euro 4. Menakala satu lagi lebih kepada penggunaan di litar lumba.

Sistem ekzos Akrapovic Racing Line Titanium diperbuat daripada titanium gred tinggi dan hadir bersama rekaan dua tona.

Yamaha-XSR900-Akrapovic-exhaust-mekanika (2)

Bahagian bawahnya diwarnakan hitam dengan logo Akrapovic berwarn putih. Posisinya diletakkan sedikit tinggi berbanding ekzos asal.

Dengan penggunaan ekzos ini, berat motosikal dikurangkan sebanyak 1.2kg  dan menambah kuasa 4.1hp kepada jentera tersebut. Sementara sistem ekzos Racing Line Carbon pula dikatakan 3.8kg lebih ringan. Malah ia juga dapat meningkatkan kuasa sebanyak 6.9hp dengan tork tambahan 6.4Nm.

Yamaha-XSR900-Akrapovic-exhaust-mekanika (4)

Kedua-dua ekzos ini mudah dipasang di rumah. Ia tidak memerlukan peralatan khas atau sebagainya.

Tags
Google ads
Back to top button