Buletin

KEMPEN SERVIS KHAS TOYOTA

UMW Toyota Motor semalam mengumumkan bahawa pihaknya akan memanggil semula sebanyak 82,457 unit model Toyota yang dijual dari tahun 2005 hingga 2010. 

SONY DSC

Kempen servis khas itu melibatkan model Hilux, Innova and Fortuner. Langkah tersebut  dibuat  bagi menggantikan kabel spiral ke atas semua kenderaan terbabit.

Toyota-Innova-Mekanika (1)

Modul beg udara yang ada pada kenderaan terbabit disambung dengan kabel spiral menerusi sambungan elektrikal yang mungkin boleh rosak apabila stereng dipusing. Sekiranya kerosakan berlaku, lampu isyarat beg udara akan menyala. Maka beg udara pemandu tidak boleh diaktifkan, menyebabkannya ia tidak berfungsi jika berlaku kemalangan.

Toyota-Fortuner-Mekanika (2)

UMW Toyota Motor akan menghubungi semua pelanggan yang terlibat untuk menjalankan proses penukaran tanpa dikenakan sebarang caj. Model-model lain yang dijual oleh pihak UMW Toyota Motor tidak terlibat dalam kempen ini.

Maklumat lanjut, sila hubungi 1-800-8-TOYOTA (1-800-8-869682).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button