Modifikasi

PERHIMPUNAN NISSAN GT-R

Internet menyatukan orang dari seluruh dunia dengan hanya sentuhan di papan kekunci.

R-Meeting-Mekanika (26)

Realitinya, kalau tiada internet, kita tak mungkin tahu apa yang berlaku di negara lain dengan pantas. Masa awal-awal buat majalah dulu, sengal juga nak cari informasi apabila internet dial-up hanya berkelajuan cipan.

Sekarang dunia sudah semakin canggih. Kelajuan internet pun jauh lebih baik dan banyak laman web dan blog automotif yang muncul.

R-Meeting-Mekanika (5)

Jepun sudah berpuluh-puluh tahun menganjurkan acara Tokyo Auto Salon (TAS), pameran aftermarket terbesar di dunia. Namun, biarpun dengan kemajuan internet, kita terpaksa tunduk kepada Jepun yang masih berpegang teguh dengan bahasa ibunda mereka.

R-Meeting-Mekanika (7)

Sampai sekarang, web tempatan mereka masih dalam tulisan Kanji. Bukan ramai yang faham pun. Namun, kegilaan orang luar terhadap pasaran dan industri automotif di Jepun menyebabkan maklumat makin cepat dan terus tersebar.

R-Meeting-Mekanika (9)

Pada saya, tidak ada apa yang lebih penting daripada acara pameran kereta. Kalau boleh, saya nak pergi semua acara melibatkan kereta di sana.

Dalam kalendar automotif Jepun, TAS dan Tokyo Motor Show (TMS) sangat penting. Tetapi, ada beberapa lagi perhimpunan penting dalam kalendar untuk orang seperti kita.

R-Meeting-Mekanika (12)

Antaranya ialah X event, JCCA meet-up, AE86 Day, RX7 Day, Auto Messe, NEXCS dan mungkin paling jarang didengar, GTR Meeting. Lebih dikenali sebagai R Meeting, acara ini menghimpunkan beratus-ratus buah Nissan Skyline GT-R dari seluruh Jepun. Ia dianjurkan oleh majalah GTR, ensiklopedia Skyline di Jepun.

R-Meeting-Mekanika (6)

Tidak ada tempat di dunia kita boleh saksikan berpuluh-puluh kereta Hakosuka asli bersama dengan GTR R35 di satu lokasi. R Meeting merupakan perhimpunan GT-R terbesar di dunia dan mula mendapat sambutan di kalangan peminat Skyline dari luar Jepun.

R-Meeting-Mekanika (15)

Berbeza dengan 86 Day yang dibuat di tempat terbuka, R Meeting diadakan di trek Fuji, lokasi tetap untuk mereka berhimpun pada September setiap tahun.

Walaupun dalam struktur produksi hanya tinggal R35, tuner di Jepun masih lagi giat membangunkan barang berprestasi tinggi untuk enjin RB. Jadi, bila nak tengok enjin-enjin ini ditingkatkan oleh tuner seperti Mines, Tomei, Top Fuel, HKS, Top Secret dan lain-lain, R Meeting adalah acara yang wajib dikunjungi.

R-Meeting-Mekanika (11)

Acara ini mendapat sokongan penuh daripada tuner seluruh Jepun. Daripada pembuat enijin kepada rim, ekzos sampailah bengkel-bengkel kecil yang kadang-kadang pasarannya sangat niche.

Tetapi itulah uniknya Jepun. Bila sebut sahaja pasal kereta, semua orang datang. Saya masih ingat ada satu acara di Osaka. Hellaflush yang pada awalnya acara kecil saja, tetapi disebabkan sambutan yang menggila, satu bandar mengalami kesesakan yang tak terkawal.

R-Meeting-Mekanika (19)

Acara kemuncak pada perhimpunan ini ialah perlumbaan drag 400 meter yang dibuka kepada peserta dan tuner. Di Jepun, acara drag sudah berada di penghujungnya.

R-Meeting-Mekanika (4)

Orang Jepun memang tidak minat drag. Mereka lebih suka Time Attack dan drift. Pembangunan alat ganti untuk sukan drag juga sangat terhad kerana sambutannya yang tidak seberapa. Bagaimanapun, pada R Meeting inilah kereta-kereta roket GTR akan keluar menunjukkan aksinya.

[hr]GALERI

R-Meeting-Mekanika (2)R-Meeting-Mekanika (3)R-Meeting-Mekanika (8)R-Meeting-Mekanika (13)R-Meeting-Mekanika (14)R-Meeting-Mekanika (20)R-Meeting-Mekanika (22)R-Meeting-Mekanika (29)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button