Pandu Uji

BMW 120i M SPORT – RM219,800

Persona BMW 1 Series serba baharu dibina di atas formula terbaik model-model terdahulu demi menawarkan semangat baharu dalam segmen kenderaan kompak premium.

BMW-120i-M-Sport-CKD-mekanika  (3)

Selaku satu-satunya kenderaan berpacuan roda belakang dalam segmennya dengan agihan berat 50:50, BMW 1 Series dipertingkatkan dengan pakej standard M Sport.

Pakej itu terdiri daripada Kit Aerodinamik M, Stereng M dibalut kulit, rim aloi M Sport bersaiz 18 inci dan suspensi M Sport. Ini bagi mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai satu-satunya hatch sports premium sebenar yang ada di pasaran Malaysia. 

SONY DSC

Bukan itu sahaja, jumlah peralatan standard pada BMW 1 Series juga lebih menarik menerusi tambahan servis mobiliti yang baru daripada BMW ConnectedDrive.

Walaupun perkadaran, garis badan dan reka bentuk permukaannya memiliki semua rekaan klasik sebuah BMW, bahagian hadapan jentera itu kini menampilkan rekaan baharu dengan lampu nyalaan siang LED.

SONY DSC

Di bahagian belakang, lampu LED dengan reka bentuk L yang menjadi signatur BMW. Pintu belakang dan bampar belakang baharu nyata menyerlahkan rupa BMW 1 Series.

Ruang dalaman BMW 120i M Sport serba baharu menggunakan tempat duduk dibalut kulit Alcantara dan opholsteri fabric. Tempat duduk pada BMW 120i M Sport juga didatangkan dengan fungsi talaan secara elektrikal sebagai ciri standard.

SONY DSC

Jentera itu menggunakan monitor paparan paling besar dalam kelasnya. Skrin bersaiz 8.8 inci yang dipasang pada papan pemuka itu memiliki karekter tipikal sebuah BMW dan berorientasikan kepada pemandu. Satu lagi ciri BMW 120i M Sport ialah Driver Experience Control yang mempunyai mode Sport, sekali gus menjadikannya  jentera paling dinamik dalam segmennya.

Nadi BMW 120i M Sport ialah unit enjin dengan teknologi BMW TwinPower Turbo.  Teknologi BMW TwinPower Turbo turut merangkumi kombinasi sistem pancitan terus bahan api berketepatan tinggi dan kawalan injap boleh ubah sepenuhnya Valvetronic dengan Double-VANOS.

SONY DSC

Bersesaran 1.6 liter, enjin berkuasa 130kW/177hp dan tork 250Nm itu membolehkan BMW 120i M Sport memecut dengan kelajuan maksimum 222km/j. Manakala penggunaan bahan api secara puratanya cuma 5.9 l/100km.

BMW 120i M Sport memanfaatkan kepakaran BMW apabila ia menawarkan pelbagai pilihan sistem bantuan pemandu.  

SONY DSC

Aplikasi antara muka BMW ConnectedDrive membolehkan pemandu menggunakan pelbagai fungsi, misalnya akses kepada aplikasi BMW ConnectedDrive. Apabila disambungkan dengan telefon pintar, pemandu dan penumpang boleh mengakses aplikasi seperti Spotify, Amazon Cloud Player dan banyak lagi menerusi menu BMW Apps.

BMW 120i M Sport turut menampilkan sistem Professional Navigation bersama Touch Controller sebagai ciri standard. Di samping sistem Comfort Access yang memudahkan urusan keluar masuk dari kereta.

SONY DSC

BMW 120i M Sport yang dipasang tempatan didatangkan dalam warna putih, hitam,  perak, kelabu dan biru. Harga (di atas jalan, tidak termasuk insurans bersama Jaminan Perbatuan Tanpa Had Selama Lima Tahun dan Program Servis Berjadual Secara Percuma BMW Malaysia) ialah RM219,800 seunit. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button