Buletin

KEN BLOCK MAUT AKIBAT KEMALANGAN

Ikon permotoran yang juga pemandu rali Ken Block, 55 tahun telah meninggal dunia disebabkan oleh kemalangan kereta luncur salji, Isnin lalu.

Perkembangan tersebut dimuatnaik menerusi akaun Instagram The Hoonigans yang menjelaskan Ken Block maut akibat kemalangan tanpa menyebut sebab atau punca kejadian tersebut berlaku.

The Hoonigans turut meminta para peminat Ken Block untuk menghormati keluarga mendiang.

Selain daripada berkecimpung dalam dunia rali, Ken Block juga sebelum ini merupakan atlet papan luncur, snowboards dan motosikal sebelum menjalinkan kerjasama dengan Ford untuk menghasilkan video-video Gymkhana.

Ken Block pada tahun lalu mengumumkan kerjasama dengan Audi untuk membina sebuah jentera elektrik S1 Hoonitron setelah berpisah daripada Ford. – IG The Hoonigans

Google ads
Back to top button