Buletin

PROTON S50 DIKESAN LAGI, PELANCARAN DALAM MASA TERDEKAT?

Proton kini sedang giat menguji sedan yang dipercayai bakal menggantikan peranan yang ditinggalkan oleh Proton Preve.

Mungkin sekali menggunakan nama Proton S50, sedan itu sebenarnya menggunakan asas daripada model Geely Emgrand.

Berdasarkan gambar yang diperoleh daripada FB The Ajerul, ia dilihat masih lagi sarat dengan pelekat samaran dan menggunakan nombor plat perdagangan yang sama seperti model yang diuji sebelum ini.

Sebagai info, Geely Emgrand di pasaran China ditawarkan dengan enjin 1.5 liter NA yang mampu menjana kuasa setinggi 114 hp dan 147 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT yang memacu roda hadapan.

Selain daripada S50, Proton juga kini sedang menguji SUV tiga baris tempat duduk X90 yang sepatutnya dilancarkan secara rasmi pada tahun lalu.

Difahamkan, pengganti Preve ini mungkin sekali akan dilancarkan pada suku keempat (Q4) 2023. – FB The Ajerul

Google ads
Back to top button