ADEGAN DRAG RACE JALANAN BERAKHIR DENGAN KEGAGALAN – FAST AND FURIOUS KONON
Perlumbaan menguji kelajuan sepatutnya dilakukan ditempat yang sesuai dan selamat. Cubaan meniru adegan dalam filem ni memang satu percubaan bodoh yang tak sepatutnya dilakukan walaupun anda memiliki kereta yang power dan follower yang ramai. Silap percaturan cubaan berlagak bertukar jadi lawak bodoh.
Inilah yang berlaku pada dua pelumba jalanan yang cuba meniru adegan perlumbaan jalanan ala Fast & Furious. Katanya kejadian berlaku di Equador dan perlumbaan melibatkan sebuah BMW dan sebuah Mercedes. Model tak dapat dipastikan tapi rasanya BMW genrasi F22 dan C63 AMG Coupe.
Mula-mula memang nampak gempak habis dengan seorang pelepas berada di tengah-tengah antara dua buah kereta dan pemandu menekan-nekan pedal minyak. Lain kali kalau nak tiru filem letak la awek sorang jadi pelepas. Kalau taka da pun ambil la akak cleaner mana-mana. Baru unik.
Sebaik saja keduanya berlepas, jelas kelihatan Mercedes tersebut mengalami kesukaran untuk mengekalkan cengkaman di laluan lurus dan BMW mula menjarakkan ruang antara keduanya.
Sebaik keduanya menghampiri sebuah kereta yang sedang bergerak di kanan jalan, Mercedes tersebut kehilangan menyebabkan ia menghentam bahagian belakang BMW menyebabkan keduanya terbabas dan melanggar kereta-kereta yang dipakir di bahu jalan. Nampak sangat kereta-kereta ni lagi power dari joki yang memandu.
Jadi siapa pemenang dalam perlumbaan bodoh ni? Tak ada siapa pun dah sudah tentu kedua pemandu menerima tamparan paling hebat atas aksi hampeh yang dirakam. Silap-silap lapan keturunan malu ni.