
TOYOTA BAKAL PERKENAL 3 ENJIN BARU, LEBIH CEKAP, POWER & KOMPAK
Susulan pengumuman kerjasama antara Toyota, Subaru dan Mazda beberapa hari lepas, beberapa perincian terkini mengenai spesifikasi enjin 4 silinder yang bakal dibangunkan oleh Toyota telah didedahkan sendiri oleh pengeluar kenderaan terkemuka Jepun tersebut.
Enjin ini akan dibangunkan dalam 2 saiz iaitu 1500cc dan 2000cc dengan keupayaan untuk menggunakan bahan bakar hidrogen cecair, bahan api sintetik dan juga bahan api bio. Jika dibandingkan dengan enjin 1500cc yang ada sekarang, enjin 1500cc ini adalah 10% leboh kecil dari segi saiz fizikal dan ketinggian
Bukan itu sahaja, enjin baru ini juga adalah lebih ringan sebanyak 10% dan juga lebih berkuasa. Buat masa ini, enjin ini sedang diuji pada Toyota Prius dan jurutera mendapati rekaan depan Prius boleh diubah untuk menjadikannya lebih aerodinamik disebabkan enjin baru ini lebih rendah
Enjin kedua yang dibangunkan ialah enjin 1500cc 4 silinder dengan isipadu 20% lebih kurang berbanding dengan enjin 2500cc serta 15% lebih rendah. Malah enjin ini juga adalah 30% lebih efiysen daripada pesaingnya yang terdekat.
Namun varian yang paling berkuasa ialah enjin 2000cc turbo, dengan dimeni enjin 10% lebih kecil daripada enjin 2400cc turbo dan 10% lebih rendah. Dari segi kecekapan, enjin ini juga adalag 30% lebih cekap tenaga.
Semua enjin diatas selain mampu menggunakan pelbagai jenis bahan api untuk beroperasi, berupaya untuk dipautkan dengan sistem hibrid dan sistem PHEV. Sumber terdekat dengan Toyota juga mendedahkan enjin ini bakal diperkenalkan menjelang tahun 2026.
Selain itu, rasional kerjasama pembangunan enjin dan sistem hibrid baru dengan Subaru dan Mazda ialah Toyota memegang 20% saham dalam Subaru dan 5% saham dalam Mazda dengan semua syarikat komited menggunakan enjin pembakaran dalam selama mana yang mampu.
Dalam pengumuman yang sama Toyota juga menyatakan hasrat untuk membangunkan sendiri loji bahan api sintetik dengan sistem bekalan bahan api tersebut menerusi kerjasama syarikat petroleum Jepun iaitu Eneos dan juga Mitsubishi Heavy Industries.

