
Artikel Pilihan
ALKISAH SEBASTIAN LOEB YANG TIDAK KITA KETAHUI
Nama Sebastian Loeb dalam dunia perlumbaan rali khususnya cukup dikenali sebagai Living Legend. Rekod kemenangan beliau dalam World Rally Championship (WRC) yang dipegang selama lapan kali barangkali cukup dicemburui dan dihormati oleh lawan dan juga kawan. Jom kita kenali dengan lebih dekat siapakah gerangannya Pakcik Sebastian Loeb yang berusia 47 tahun ini.
- Sebastian Loeb ini dilahirkan pada tanggal 26 Februari 1974 di Haguenau, Perancis. Asalnya beliau terlebih dahulu terlibat dalam sukan gimnastik sebelum beralih arah ke sukan rali pada tahun 1995.
- Selain daripada sukan rali, Sebastian Loeb turut libat dengan perlumbaan rallycross, WTCC, serta Siri GT.
- Pada tahun 1998, beliau mula terlibat secara serius dalam dunia perlumbaan apabila mula menyertai siri perlumbaan Citroen Saxo dan berjaya memenangi kejuaraan tersebut setahun kemudiannya.
- Pada tahun 2001, beliau berpeluang menyertai Junior World Rally Championship bersama pasukan Citroen Sport dan berjaya memenangi kejuaraan dengan memenangi lima daripada enam perlumbaan.
- Tahun 2002 menyaksikan, Sebastian Loeb berpeluang untuk berlumba dalam kelas premier, WRC bersama pasukan Citroen Total Rally Team dan hanya terbabit dalam tujuh perlumbaan sahaja sebelum menyertai musim penuh dalam kelas WRC setahun berikutnya.
- Penyertaan musim penuh WRC pada tahun 2003 menyaksikan beliau berjaya memenangi tiga perlumbaan. Beliau hampir memenangi kejuaraan WRC namun arahan pasukan agar beliau tidak terlalu mengejar Petter Solberg di perlumbaan terakhir demi memasikan pasukan Citroen berjaya memenangi kejuaraan WRC bagi kategori Pengeluar. Namun nama beliau sudah mula digeruni oleh beberapa pemandu handalan ketika itu seperti Carlos Sainz dan juga Colin McRae.

- Penguasaan beliau sebagai juara WRC bermula pada tahun 2004 apabila berjaya memenangi enam perlumbaan dan enam kemenangan podium kedua. Beliau menebus kekalahan pada tahun sebelumnya kepada Petter Solberg (naib juara WRC 2004) serta memastikan pasukan Citroen sekali lagi menguasai kejuaraan bagi kategori Pengeluar.
- Dan penguasaan Sebastian Loeb selaku juara WRC berterusan sehinggalah ke tahun 2012 secara berturut bermula dari tahun 2004. Membuktikan kejaguhan beliau bersama pasukan Citroen.
- Selepas tidak aktif berlumba sepenuh masa bersama WRC, Sebastian Loeb turut pernah beraksi dalam perlumbaan WTCC, juga bersama jentera pasukan Citroen. Selain itu, beliau juga sempat beraksi dalam siri World Rallycross Championship.
- Sebastian Loeb juga pernah memandu untuk pasukan Hyundai Motorsport secara separuh masa pada tahun 2019.

- Pada tahun 2021, Sebastian Loeb mencuba nasib untuk menyertai perlumbaan Dakar Rally namun tidak dapat menamatkan perlumbaan.
- Sebastian Loeb sekali lagi menyertai perlumbaan Dakar Rally pada tahun ini sebelum terus menyertai kem M-Sport Ford sebaik sahaja tamat perlumbaan. Dalam masa yang singkat serta belum pulih daripada kepenatan, Sebastian Loeb terus berlumba di Monte-Carlo dan memenangi perlumbaan tersebut.
- Sebaik sahaja tamat perlumbaan di Monte-Carlo. Sebastian Loeb dikhabarkan bakal menyertai perlumbaan Extreme E Championship, sebuah siri perlumbaan lasak off-road membabitkan jentera elektrik sepenuhnya. Beliau bakal menyertai pasukan Team X44.
- Sebastian Loeb mempunyai cara yang cukup unik untuk meraikan kejayaan beliau. Memanjat bumbung jentera barangkali terlalu biasa. Beliau akan melakukan balik kuang di atas podium. Iya benar somersault jika disebut dalam bahasa Inggeris. Terima kasih kepada pengalaman beliau sebagai seorang ahli gimnastik suatu ketika dahulu.
Kredit Foto : FB Sebastian Loeb
BACA : ALKISAH SEBASTIAN OGIER – JUARA WRC LIMA KALI BERTURUT-TURUT!
BACA : SAHIH! SEBASTIAN LOEB MEMBUAT KEMUNCULAN SEMULA WRC BERSAMA M-SPORT FORD



