
KENAPA CHINA JADI JUARA & PAKAR KERETA ELEKTRIK?
China Open Door Policy mula diperkenalkan pada tahun 1978, mempelawa pelabur untuk datang dan melabur di China selepas sekian lama menutup pintu pada pasaran luar. Bagi kapitalis, ia adalah peluang terbaik kerana negara China adalah negara yang penduduknya sangat ramai.
Ia memiliki pasaran yang cukup besar untuk semua perkakasan dan produk moden termasuklah kereta penumpang dan perdagangan. Tetapi China menggnakan sat polisi baru dikenali sebagai Law on Joint Venture Using Chinese and Foreign Investment
Secara asasnya polisi ini memberi peluang kepada pelabur luar untuk mengaut keuntungan, dan pas]da masa sama syarikat China boleh belajar, menerima R&D dan teknologi baru dengan mudah. Ia adalah situasi menang-menang kepada semua pihak
Namun menjelang tahun 2000, perkembangan pesat dalam jualan automotif China telah menyebabkan 2 masalah berbangkit. Pertama China menjadi antara negara pengimport besar petroleum terbesar di dunia. Masalah ini adalah masalah keselamatan dan perdangangan yang besar pada China
Kedua ialah masalah pencemaran udara yang teruk seperti jerebu yang berlaku di bandar besar seperti Beijing. Kebanyakan pengeluar kenderaan tidak mematuhi peraturan pelepasan asap mengikut standard yang diguna pakai di Eropah. Apabila bergabung dengan cuaca sejuk, jerebu ini boleh berlangsung dalam beberapa hari.
Masalah ini menyebabkan kerajaan China mula mencari alternatif baru kepada enjin pembakaran dalam. Malah jika diperhatikan, pengeluar kenderaan dari China sehingga pada hari ini masih lagi gagal menandingi keupyaan pengeluar kereta dari luar dalam menghasilkan enjin baru
Menteri Sains & Teknologi China (2007-2018) Wan Gang yang memiliki pengalaman bekerja dengan Audi merumuskan perkara yang sama. Sebagai menteri, Wan Gang meletakkan sasaran untuk meneroka teknologi baru dalam pembuatan kereta elektrik dan meletakkan visi ini sebagai visi kerajaan.
Projek atau Program 863 yang diterajui oleh Wan Gang ini berkembang menjadi New Energy Vehicle bagi menghasilkan kereta elektrik. Menerusi gagasan baru ini kerajaan China memperkenalkan polisi baru yang menggalakkan pemain industri untuk menceburkan diri dalam penghasilan kereta elektrik
Pemain industri boleh menyewa tanah milik kerajaan dengan harga yang murah dan membuat pinjaman dengan bank-bank industri milik kerajaan dengan kadar faedah murah. Menurut anggaran, antara tahun 2009 ke 2022 kerajaan China telah membelanjakan sekitar RM 124 billion dalam New Energy Vechile
Nilai ini adalah berdasarkan subsidi, geran R&D dan juga pelepasan cukai. Nilai ini juga adalah termasuk nilai yang diberikan kepada pembeli kereta elektrik untuk menghasilkan “permintaan segera domestik”. Sebagai contoh kerajaan juga memberikan kontrak kepada syarikat automotif untuk pembekalan teksi dan bas elektrik
Pengguna yang beralih daripada kereta biasa kepada kereta elektrik akan menerima pelbagai insentif seperti diskaun pembayaran untuk pengecasan, tempat letak kereta istimewa, pengecualian cukai kesesakan jalan raya dan termasuklah penggunaan nombor pendaftaran istimewa
Untuk mendapat pelepasan cukai daripada pihak kerajaan, pengeluar harus menghasilkan bateri berkualiti tinggi dengan memenuhi syarat seperti kandungan tenaga tinggi (ketumpatan tenaga) bagi setiap kilogram bateri
Syarat ini menyebabkan pengeluar bateri China berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan bateri yang bagus seperti yang dihasilkan oleh CATL. Syarikat luar yang ingin menjual kereta elektrik di pasaran domestik China juga diwajibkan untuk membeli bateri buatan China
Secara tidak langsung polisi ini sebenarnya membantu perkembangan ekonomi China dalam satu aspek yang lain walaupun ia seperti terlalu mendominasi pasaran. Malah Tesla yang dihasilkan di China pun perlu menggunakan bateri CATL
Subsidi untuk pengguna dan pembeli kereta elektrik China telah berakhir pada tahun 2022, namun semua polisi kerajaan China telah mewujudkan pasaran segera bagi kereta elektrik dalam tempoh yang singkat. Malah bagi pasaran domestik China pada tahun 2024, hampir 50% pembelian kereta baru adalah kereta elektrik
Bahan mentah yang diperlukan untuk penghasilan bateri seperti grafit, nikel, manganese, kobalt dan litium juga telah didominasi oleh syarikat China. Namun bagi proses penghasilan bateri akan dibuat di China dengan kawalan yang ketat bagi mengelakkan pencemaran
Syarikat dan kilang China mengawal sehingga 70% penghasilan katod (nikel manganese kobalt), 92% penghasilan anod (grafit) dan 78% pengeluaran lithium untuk pasaran dunia. Sebelum ini, penghasilan bateri untuk sistem hibrid tertumpu pada Jepun dan Korea. Namun China berjaya mengalahkan kedua-dua negara dalam sektor EV.
Contoh yang lain ialah BYD, yang asalnya adalah kilang untuk menghasilkan bateri untuk telefon, kini berubah menjadi pengeluar kereta elektrik disebabkan pengetahuan yang mendalam dalam penghasilan bateri
Malah BYD juga bertindak menghasilkan bateri sendiri dengan menggunakan formulasi LFP (lithium ferrous phasphate) dengan rekaan bilah pedang, untuk menjadikannya lebih mudaj untuk disusun secara maksimum dan mengurangkan risiko “thermal runaway”.
Jadi pada hari ini jika kita bertanya kenapa China terlalu mendominasi dan power dalam pembuatan kereta elektrik, jawapannya ialah visi dan misi itu telah diletakkan hampir 20 tahun yang lepas



