Buletin

NISSAN e-POWER: GABUNGAN DINAMIK PRESTASI DAN KECEKAPAN

Sistem e-POWER, yang dibangunkan sepenuhnya oleh Nissan, telah menjadi komponen penting dalam strategi elektrifikasinya, bersaing dengan kenderaan elektrik sepenuhnya.

Sejak diperkenalkan pada 2016 di Jepun, teknologi ini menggabungkan prestasi pemanduan berasaskan motor elektrik dengan kecekapan bahan api yang cemerlang, memikat hati pelanggan dan mendapat pujian pakar industri.

e-POWER pertama kali digunakan dalam Nissan Note pada November 2016, dan mendapat sambutan hangat.

Sistem ini menjadikan Nissan Note sebagai kereta kompak terlaris di Jepun pada 2017, dan kereta terlaris keseluruhan pada 2018.

Kecekapan bahan api serta prestasi mesra alamnya turut diiktiraf dengan Anugerah Pengerusi dari Pusat Penjimatan Tenaga Jepun pada 2017.

Pada 2018, Nissan melancarkan varian e-POWER untuk MPV Serena, yang juga berjaya menerima anugerah ‘Teknologi Terbaik Tahun 2019’ daripada Persidangan Penyelidik dan Wartawan Automotif Jepun (RJC).

Teknologi ini memanfaatkan komponen teras EV, brek regeneratif, dan pemanduan satu pedal, memberikan pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan dan mudah.

Kejayaan sistem e-POWER terus berkembang apabila Nissan memperkenalkan Kicks e-POWER di Jepun pada 2020.

Crossover kompak ini juga memenangi anugerah ‘Teknologi Terbaik Tahun 2021’ oleh RJC dan dinamakan sebagai salah satu daripada enam kereta terbaik tahun itu.

Tambahan, Kicks e-POWER menonjol dengan reka bentuk sporty serta prestasi dinamik, menjadikannya pilihan popular di kalangan pemandu.

Bertitik tolak daripada kejayaan di Jepun, Nissan memperluaskan jejak e-POWER ke rantau ASEAN, dengan melancarkan Kicks e-POWER di Thailand, Indonesia, dan Singapura pada 2020.

Generasi kedua Kicks e-POWER kini diperkenalkan di pasaran Thailand, Jepun, dan Singapura, dengan Filipina dan Vietnam turut menerima model ini pada 2022.

Di Malaysia, Nissan merancang untuk melancarkan model Kicks e-POWER yang serba baharu pada Disember 2024.

Lebih penting, sistem e-POWER menawarkan pemanduan seperti kenderaan elektrik sepenuhnya, tanpa kebimbangan mengenai jarak perjalanan atau keperluan pengecasan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang teknologi e-POWER yang inovatif menjelang pelancaran model e-POWER pertama di Malaysia, layari halaman khas Apa-e? dalam laman web rasmi Nissan Malaysia, https://nissan.com.my/v2/experience-nissan/e-power/

Google ads
Back to top button