Artikel Pilihan

KENAPA FORD MUSTANG JADI PILIHAN BOCAH BARU NAK UP KAYA?

Fenomena menunjukkan sudah berjaya, kaya dan berpengaruh memang dah jadi klise dalam dunia scammer, downline MLM yang baru nak up, dan budak-budak forex baru pegang duit bergambar dengan Ford Mustang, dengan mengenakan baju slim fit, jam besar, jaket dan disulami ayat-ayat motivasi sudah menjadi trend pada hari ini

Namun kenapa Ford Mustang yang mesti menjadi pilihan golongan ini? Kenapa bukan Ferrari, Nissan GT-R, atau Honda NSX? Kami cuba merungkaikan masalah ini sehingga ia menjadi igauan buruk pada Ford Mustang

1. Rupa Bentuk Supercar Mahal, Tapi Harga Tak Melampau – Ford Mustang, khususnya yang menggunakan enjin EcoBoost 2.3L (bukan GT V8), nampak mahal, tapi sebenarnya tidaklah begitu mahal. Tambahan pula jika dibeli maka cukai jalan masih lagi murah dan boleh dibayar dengan tenang

Harga unit terpakai Ford Mustang kadangkala ditawarkan bawah harga RM200k  bergantung pada aksesori dan keadaan kereta. Tapi dari segi rekaan luar, Ford Mustang nampak macam kereta untuk orang-orang kaya setara dengan Lamborghini. Ini menjadikan kos untuk “kelihatan kaya” jauh lebih rendah berbanding Ferrari namun memberikan impak visual yang bagus untuk pemasaran

2. Rupa Ikonik + Reputasi Jantan -Ford Mustang sudah lama jadi ikon kereta muscle Amerika yang dihasilkan untuk kelihatan gagah, mendominasi jalanraya dan berkuasa. Bagi geng scammer/MLM, mereka suka tayang imej maskulin, dominan, berkuasa  yang sangat sesuai dengan vibe “aku dah berjaya”.

3. Kena dengan Naratif “American Dream” – Ford Mustang digambarkan sebagai kereta impian budak-budak muda di Amerika dan pengaruh ini telah merebak ke negara kita melalui media sosial Tik-Tok. Keadaan ini akan menarik perhatian golongan muda separa professional di kilang yang biasa menuggang kapcai untuk berjaya bersama sama scammer
Ini akan menghasilkan naratif “Dulu aku kerja kilang… sekarang aku drive Mustang. Kau bila lagi?”

4. Bunyi Enjin dan Ekzos yang Menarik Perhatian – walaupun hanya menggunakan enjin 2300cc 4 silinder, enjin ini tetap menghasilkan bunyi dengan identiti yang tersendiri, apatah lagi apabila disumbat dengan sistem ekzos prestasi tinggi. Ia akan menghasilkan bunyi yang jauh lebih sedap dari Tesla

Jadi jika digandingkan dengan imej visual yang padu, video yang berkualiti tinggi serta bunyi ekzos yang sedap, Ford Mustang akan menjadi pakej pemasaran yang lengkap dalam video pendek TikTok / IG reel. Video pendek sahaja, tapi kalau tunjuk pada bakal downline boleh cair beb

5. Kereta Lain Tak Ada Aura Yang Sama – Ini satu soalan yang selalu ditanya oleh penulis, kenapa tak guna sahaja kereta BMW, Mercedes atau Audi? Bukan ke ini kereta mewah juga? Kereta mewa BMW, Mercedes dan Audi merupakan kereta yang biasa sangat digunakan oleh golongan korporat menjadikan ia tidak eksklusif

Honda Civic Type-R dan barisan model Toyota Gazoo Racing pula melambangkan kereta biasa disebabkan oleh jenama Honda dan Toyota sendiri. Lebih baik beli Ford disebabkan jenama bukan Asia dan bukan Continental

Pilihan terakhir ialah Ferrari dan Lamborghini pula adalah terlalu mahal samaada untuk dibeli, dijaga dan memerlukan kos yang tinggi termasuk kos sewa. Realitinya ialah golongan scammer ini biasa akan menyewa sahaja Ford Mustang bagi tujuan video mereka. Nak sewa Ferrari? Mahal beb

Jadi bagi tujuan pemasaran dan menjerat golongan muda untuk untuk menyertai scam yang dibuat, scammer ini akan menyewa kereta mewah, kondo mewah, rumah banglo, jam replika dan juga membeli baju kemeja slim fit bagi video pemasaran mereka

“di saat anak muda leka dengan dunia fana, aku bekerja keras untuk berjaya” kah kah kah

Google ads
Back to top button