Artikel Pilihan

KENAPA HONDA CIVIC FD TYPE R SEMAKIN MAHAL?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sejak kebelakangan ini, kebanyakan jentera Japanese Domestic Market atau JDM khususnya jentera berprestasi tinggi semakin tinggi harganya. Apabila bercerita tentang JDM, jenama yang sinonim semestinya Mitsubishi, Nissan, Toyota, Mazda dan Honda.

Namun hari ini, kita akan mengupas tentang perihal sebuah jentera jenama Honda iaitu Honda Civic Type R keluaran tahun 2007 sehingga 2011 dengan kod FD2R.

Jentera ini tidak terkecuali di dalam trend harga JDM yang semakin menggila. Mungkin ada yang tertanya-tanya. Apa keistimewaan jentera ini sehinggakan harganya naik sama aras dengan Mitsubishi Lancer Evolution 7,8,9 dan ada yang meletakkan harga lebih mahal dari Evo. Dahlah “Front Wheel Drive”(FWD), NA pula tu. Macam tak layak pula kan. Sabar Tuan-Tuan. Tak sabar berenang. Sungai besar. Mari sama-sama kita lihat faktor utama kenapa harganya semakin tinggi.

𝟒 𝐏𝐢𝐧𝐭𝐮

Kenapa dengan 4 pintu ? Jentera ini merupakan jentera Honda Civic Type R pertama yang didatangkan dengan 4 pintu. Model Honda Civic Type R sebelumnya iaitu EK9 dan juga EP3 didatangkan dengan 2 pintu sahaja. Bukan itu sahaja, kembarnya iaitu FN2R juga didatangkan dengan 2 pintu.

Antara faktor utama yang menjadikan sesebuah ciptaan itu bernilai ialah ianya mesti menjadi yang pertama atau yang terakhir. Di dalam senario ini, jentera ini menjadi model Honda Civic Type R pertama didatangkan dengan varian 4 pintu.

𝐒𝐞𝐝𝐚𝐧

Jentera ini merupakan satu-satunya jentera Honda Civic Type R dengan kelas sedan. Sehingga kini, kesemua model Honda Civic Type R didatangkan dengan kelas “Hatchback”, atau “Liftback”.

Akan datang kita tak tahu, akan tetapi sehingga kini model FD2R ini sahaja lah satu-satunya sedan 4-pintu berprestasi tinggi dari Honda.

𝐄𝐧𝐣𝐢𝐧 𝐍𝐚𝐭𝐮𝐫𝐚𝐥𝐥𝐲 𝐀𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐭𝐞𝐝 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫

Jentera ini merupakan jentera Type R terakhir yang dikuasakan dengan enjin Naturally Aspirated. Model selepasnya dilengkapi dengan enjin turbo.

Jentera ini dikuasakan dengan enjin berkod K20A i-VTEC yang mampu menghamburkan kuasa sebanyak 221hp dan daya kilas sebanyak 215Nm. Sangat kuat sebenarnya bagi enjin NA. Mekanisma i-VTEC berfungsi ketika 5,800rpm dan ngauman dihadkan kepada 8,600rpm.

Dari segi kuasa, sebenarnya K20A bagi model FD2R ini adalah yang paling berkuasa dalam kelasnya jika dibandingkan dengan model-model produksi yang dilengkapi dengan K20A yang lain.

Mana lagi korang nak jumpa jentera berprestasi tinggi dengan enjin NA sekarang ? Seperti yang diulas diatas, antara faktor utama yang menjadikan sesebuah ciptaan itu bernilai ialah ianya mesti menjadi yang pertama atau yang terakhir. Di dalam konteks ini, jentera ini merupakan jentera Type R terakhir yang menerima enjin NA.

𝐂𝐞𝐬𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐠𝐚𝐫

Apabila bercerita tentang cesi, setiap model Type R memang didatangkan dengan cesi yang tegar. Memang tidak sama langsung dengan model FD yang biasa.

Oleh kerana itulah, walaupun ada diantara pemilik FD 1.8L atau 2.0L yang melakukan proses “Convert” kepada Type R pada jentera mereka, ianya tetap tidak akan sama. Variasi pengendaliannya juga sangat berbeza.

99% Type R. Pernah dengar ayat ini ? Ramai yang guna ayat ini apabila menjual jentera “Convert” mereka. Mana datang 99% sekiranya cesi masih FD biasa ? Umpama masak lemak cili api tanpa santan. Resepi utama FD2R adalah cesi, enjin dan sistem gantungan. Ia datang secara set.

Cesi jentera FD2R ini sangat tegar. Menurut pihak Honda, ianya 50% lebih tegar jika dibandingkan dengan Honda Integra DC5 Type R Pre-Facelift. Sedangkan ia lebih tegar dari DC5R, manakan boleh hendak dibandingkan dengan cesi FD 1.8L.

𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤𝐬𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝

Bila cerita tentang “Rare”, model ini adalah model yang “Rare”.

Betul ke “Rare” ? Banyak je atas jalan.

Ramai yang berpendapat Honda Civic Type R pertama iaitu EK9 lah yang “Rare”. Tidak Tuan-Tuan. Angka tidak menipu. Jumlah produksi Honda Civic EK9 Type R berjumlah 16,241 unit. Manakala, jumlah produksi Honda Civic FD Type R pula berjumlah lingkungan 13,000 unit sahaja.

Perlu diingat, jentera ini pada awalnya khusus untuk pasaran Jepun sahaja. Namun begitu, negara kita Malaysia mendapat keistimewaan apabila Honda Malaysia membawa masuk jentera ini ke Malaysia secara rasmi namun pada jumlah yang terhad iaitu sekitar 200 unit sahaja.

𝐅𝐃𝟐𝐑 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 ❞𝐑𝐀𝐑𝐄❞ 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐄𝐊𝟗. 𝐈𝐧𝐢 𝐅𝐀𝐊𝐓𝐀 ❗

Jadi Tuan-Tuan. Faktor-faktor diatas merupakan punca utama kenapa jentera ini semakin mencanak harganya. Tidak perlu bercerita tentang model terhad seperti Mugen-RR yang diproduksi hanya 300 unit sahaja. Sedangkan FD2R pun dah mahal.

Selain itu, lambakan komponen-komponen berprestasi tinggi merangkumi komponen enjin, sistem gantungan dan juga aksesori menyumbang kepada trend ini.

Jentera ini juga menjadi pilihan ramai untuk disesah di dalam litar kerana faktor ketahanannya. Enjin NA dan transmisi manual. Sistem gantungan yang baik. Datang pula dengan LSD dan cesi yang tegar.Ramuan lengkap untuk memburu masa terbaik di litar.

Sekarang harga jentera ini sekitar RM130,000-RM200,000. Adakah ia akan terbang semkin tinggi sehingga ke Tel Aviv ? Melayu dah lama rancang, Yahudi je yang lalai. Semua agenda Yahudi Melayu dah tahu. “Willing Buyer Willing Seller”. Pitih demo bare kawe. Bare “Rare” ni Bohh !

Jika nak tahu lebih lanjut tentang keistimewaan jentera ini, layari pautan INI

Google ads
Back to top button