
KENAPA KERETA KEBAL ABRAMS GUNA ENJIN JET? KENAPA TAK GUNA ENJIN DIESEL?
Kereta kebal M1 Abram merupakan Main Battle Tank yang digunakan oleh tentera Amerika telah diperkenalkan pada tahun 1980an. Namun pembangunan kereta kebal Abrams sebenarnya telah bermula pada tahun 1960an lagi bagi menggantikan kereta kebal M60 dengan bermula sebagai projek yang diberi nama MBT-70
Projek MBT-70 ini dimulakan dengan kerjasama antara Amerika dan Jerman Barat akhirnya menemui jalan bunt akibat kos pembangunan yang meningkat sehinggakan Kongress meminta projek ini dihentikan. Ia diganti dengan projek XM815, direka oleh General Dynamics Land System dan dihasilkan oleh Lima Army Tank Plants.
Ketika dilancarkan, kereta kebal Abrams datang dengan teknologi perisai komposit Chobham, sistem penembakan kawalan kompoter, ruangan khas untuk meriam dengan ciri Blow-Out, NBC Protection (Nuclear, Biology, Chemical) untuk anggota bertugas dan meriam 120mm sebagai senjata utama.
Dengan berat mencecah hampir kepada 68tan disebabkan perlindungan perisai komposit Chobham, ia didatangkan khas dengan enjin jet turbin Honeywell AGT 1500 yang berupaya menghasilkan sehingga 1500 kuasa kuda. Pelik juga kan kenapa kereta ini tidak menggunakan enjin turbodiesel seperti yang biasa digunakan oleh kereta kebal yang lain

Secara spesifik, enjin ini berupaya menjana 1500 kuasa kuda dan 3730Nm tork pada 3000 RPM, sangat berkuasa untuk sebuah kereta kebal. Dari segi dimensi, enjin ini sangat kompak iaitu sekitar 1.1 meter pada sahaja dengan berat enjin mencecah 1100kg
Disebabkan akan digunakan di medan perang, enjin jet turbin ini boleh menelan apa sahaja bahan api yang dijumpai seperti petrol, diesel, minyak untuk pesawat penerbangan dan juga diesel untuk kegunaan kapal atau bot.
Kuasa yang dihasilkan membolehkan kereta kebal Abrams mencapai halaju tertinggi 72km/jam di atas jalan berturap dan 48km/jam di atas jalan tidak berturap (offroad). Pengalaman menggunakan kereta kebal M60 dengan berat 55 tan mendapati enjin kereta kebal M60 tidak cukup power untuk menggerakkan kereta kebal ketika di medan perang
Walaupun dibekalkan dengan enjin bersesaran 29,000cc susunan V12 turbodiesel lengkap dengan tubo berkembar, enjin ini hanya menjana sekitar 750 kuasa kuda sahaja. Di atas permukaan jalan berturap, kereta kebal M60 hanya mampu mencapai kelajuan maksima 48km/jam sahaja dan 12km/jam di atas jalan tidak berturap.

Bagi pihak tentera, kelajuan adalah sangat penting bagi memastikan pergerakan kereta kebal dibuat dengan pantas bagi mengekang pergerakan musuh. Jika terlalu perlahan, pihak musu boleh melakukan serangan balas dari rusuk kiri dan kanan.
Jika dibandingkan dengan enjin turbodiesel atau petrol, enjin jet turbin Honeywell AGT 1500 sebenarnya lebih kompak, lebih ringan dan juga lebih berkuasa daripada enjin yang lain. Semuanya bermula apabila pihak tentera membeli helikopter baru yang menggunakan enjin jet turbin
Penganalisis jabatan pertahanan mendapati, helikopter rekaan baru yang digunakan oleh pihak tentera yang menggunakan enjin jet turbin lebih berupaya berbanding dengan enjin lama, lebih ringan dan boleh membawa muatan lebih banyak. Ia juga lebih senang untuk diselenggara dan boleh berada di udara dengan lebih lama
Apabila terbukti penggnaan enjin jet turbin lebih bagus, maka Jabatan Pertahanan telah mengarahkan supaya cadangan penggunaan enjin ini diaplikasikan pada kereta kebal baru M1 Abrams. Ketika enjin ini diuji, salah satu kelemahan yang ketara ialah penggunaan bahan api yang tinggi disebabkan tiada ciri Auxiliary Power Unit dipasang pada kereta kebal Abrams

APU ini bertindak sebagai generator kecil untuk memastikan kereta kebal terus berfungsi dengan menghidupkan ciri Night Vision dan Fire Control System tanpa perlu menghidupkan enjin utama iaitu enjin jet turbin. Keadaan ini juga menyukarkan pihak musuh mensasarkan peluru berpandu Thermal Spot pada Abrams
Antara beberapa pembaikan dibuat bagi memastikan enjin ini lebih efisyen termasuklah menggunakan rotor turbin bertekanan tinggi, salutan istimewa bagi perumah turbin untuk mengurangkan geseran, dan menggunakan power turbin lebih besar bagi mendapatkan penjimatan bahan api sebanyak 10%
Enjin ini juga dibekalkan dengan Turbine Engine Diagnostik bagi mengesan masalah jika enjin tidak berfungsi. Malah askar dengan pengalaman yang sedikit boleh membaiki enjin M1 Abrams dengan mudah sekiranya diperlukan dengan sistem TED ini.
Antara kelebihan lain enjin ini termasuklah kedudukan enjin jauh ke belakang yang memudahkan juruteknik melakukan kerja pembaikan dengan pantas jika diperlukan tanpa perlu dikeluarkan dari medan perang. Keadaan ini membolehkan enjin jet turbin AGT1500 ditukar di medan perang dengan bantuan kren dalam masa 4 jam sahaja.
Enjin jet turbin AGT 1500 yang diperkenalkan pada kereta kebal M1 Abrams ternyata lebih berkuasa, lebih kompak, senang untuk didiagnosis dan diperbaiki di medan perang berbanding dengan enjin yang lama


