Buletin

CEO VOLKSWAGEN TANGGUH BINA KILANG DAN KELUARAN MODEL BAHARU SEHINGGA 2030

Ketua Eksekutif Volkswagen, Oliver Blume sedang mengkaji semula sama ada akan kekal dengan rancangan membina kilang baharu untuk memasang kenderaan elektrik (EV) Trinity atau terus menggunakan kilang Wolfsburg sedia ada.

Volkswagen sebelum ini merancang untuk mula membina kilang baharu bernilai AS$2.06 bilion (RM9.4 bilion) pada 2023 dan mengeluarkan sedan elektrik melalui kilang itu mulai 2026.

Namun, rancangan tersebut difikirkan semula setelah Volkswagen mempertimbangkan untuk menangguhkan pengeluaran model baharu sehingga 2030. Ia juga tidak melihat pembinaan kilang baharu sebagai keperluan meskipun akan memasang Trinity pada Platform Sistem Skala (SSP).

Platform perisian berasingan, E3 2.0 yang sepatutnya dimasukkan ke dalam Trinity telah ditangguhkan dari 2026 hingga 2029.

Ketua Eksekutif unit perisian, Cariad Dirk Hilgenberg berkata syarikat itu memberi lebih banyak masa pada platform 2.0 tetapi tidak mendedahkan mengenai jangka masa baharu.

Perkara di atas terpaksa dilakukan atas dasar perubahan realiti ekonomi masa kini. Sisi positif ketika fokus Volkswagen tertumpu pada platform 2.0 adalah mereka akan meningkatkan aliran tunai. Namun ia akan merisikokan rancangan elektrikfikasi serta pelancaran produk penting.

Menurut penganalisis Bernstein, Daniel Roeska dalam nota penyelidikan, hari pasaran modal yang dirancang untuk suku kedua tahun depan diperlukan dalam masa terdekat bagi menjelaskan rancangan kepada pelabur.

Google ads
Back to top button