Buletin

KENDERAAN POLIS DILARANG MASUK KE BANDAR UTAMA BELGIUM KERANA MASALAH EMISI

Pasukan Polis Persekutuan Belgium memberitahu sejumlah kenderaan miliknya kini dilarang daripada memasuki bandar Brussels, Antwerp dan Ghent kerana dikatakan terlalu kotor dari segi pelepasan emisinya. 

Polis Belgium juga mengakui bahawa ia tidak mempunyai dana mencukupi untuk menukar ratusan ribu unit kenderaan dan sudah menyatakan kebimbangan tersebut kepada kerajaan. 

Soerang jurucakap polis bagaimanapun enggan mendedahkan berapa banyak kenderaan yang gagal mematuhi piawaian emisi itu. Namun, pengecualian akan dibuat ke atas kereta untuk kegunaan polis yang dipasang dengan lampu dan siren polis. 

Kenderaan yang lain kini dipindahkan untuk bertugas di luar bandar utama. Untuk makluman, Belgium mempunyai pasukan polis tempatan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan bandar seperti Brussels. 

Kesatuan Eropah memperkenalkan undang-undang untuk mengetatkan pengeluaran emisi daripada kereta baharu pada tahun 1992 menerusi standard yang dikenali sebagai Ero 1. 

Kini, bandar Brussels, Antwerp dan Ghent sudahpun mengharamkan kemasukan kenderaan yang tidak melepasi piawaian emisi Euro 3. Ia melibatkan kenderaan yang didaftarkan mulai tahun 2001 hingga 2005. 

Standard tersebut melibaykan emisi gas-gas seperti nitrogen oksida, carbon monoksida, hidrokarbon dan partikel berbahaya.

Google ads
Back to top button