Buletin

SUBARU GUGUR MODEL WRX STI KERANA PERUBAHAN REGULASI EMISI TERLALU CEPAT

Minggu lalu, Subaru mengumumkan model sedan Subaru WRX tidak akan ditawarkan dalam versi yang lebih berprestasi STI, dengan menyebut generasi baharu berkemungkinan besar akan ditawarkan dengan trenkuasa berelektrik.

Terbaharu, laman Road & Track mendedahkan sebab sebenar kenapa Subaru tidak lagi menawarkan varian STI untuk WRX.

Menurut Pengarah Komunikasi Korporat Subaru Dominick Infante menjelaskan, “sekiranya kami menawarkan (model baharu STI), ia akan hanya bertahan untuk tempoh masa yang sangat singkat.

“Perubahan peraturan yang terlalu pantas menjadikan usaha untuk menawarkan model STI adalah tidak masuk akal.

Jelasnya lagi, “jenama STI akan tetap wujud” memandangkan pada tahun ini Subaru telah pun mendedahkan beberapa buah model konsep STI seperti contoh STI E-RA, WRX S4 STI Performance, Levorg serta BRZ STI Concept.

Apa yang pasti, generasi terkini tidak lagi akan menampilkan varian STI, namun jangka masa kehadiran generasi baharu STI tidak didedahkan buat masa ini.

Sumber: Road & Track

Google ads
Back to top button