Buletin

KERAJAAN PERUNTUKKAN RM3 BILION UNTUK SUBSIDI BAHAN API – KALAU TIDAK, HARGA RON95 IALAH RM2.53 & DIESEL RM2.51 SELITER TAU!

Kerajaan Pakatan Harapan nampaknya menunaikan janji manifesto mereka apabila mengumumkan akan menstabilkan bahan api, terutama RON95 dan diesel.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan semalam mengumumkan bahawa kerajaan persekutaan telah memperuntukkan sebanyak RM3 bilion untuk subsidi bahan api di pasaran tempatan.

Dengan subsidi tersebut, harga petrol RON 95 akan dikekalkan pada harga RM2.20 dan diesel RM2.18 seliter sepanjang tahun ini. Tanpa subsidi, harga bahan bakar itu ialah RM2.53 untuk RON 95 dan RM2.51 (diesel) seliter.

Ini bermakna kerajaan memberi subsidi sebanyak 33 sen ke atas setiap liter RON95 dan diesel yang kita beli.

Walau bagaimanapun, harga petrol RON97 akan diapung mengikut harga pasaran semasa secara mingguan. Jadi, harganya kini ialah RM2.66 seliter mulai hari ini hingga 13 Jun 2018.  

Harga minyak mentah global kini mencecah AS$76 (RM302) setong. Manakala minyak petrol yang telah ditapis dan diesel berharga AS$87 (RM346) dan RM88 (RM350) setong.

Google ads
Back to top button