Buletin

NISSAN SERENA S-HYBRID CATAT 2,500 TEMPAHAN – 757 UNIT TELAH DIDAFTARKAN

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengumumkan bahawa Nissan Serena S-Hybrid serba baharu telah merekodkan tempahan sebanyak 2,500 unit sehingga 8 Jun 2018.

Daripada jumlah itu, 757 unit telahpun didaftarkan dalam masa 4 minggu selepas pelancaran rasminya.

“Tempahan Nissan Serena S-Hybrid serba baharu membuktikan penerimaan yang hebat bagi model baharu daripada ETCM. Pada masa yang sama akan meningkat produksi bagi memastikan Nissan Serena S-Hybrid dapat diserahkan kepada pelanggan tepat pada masanya,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.

Bagi meraikan pencapaian ini, satu majlis penyerahan kunci kepada pemilik Nissan Serena S-Hybrid, En. Lokman Hakim Bin Mohamed Yusoff telah diadakan di ETCM Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur.

Turut hadir ialah Christopher Tan dan Naib Presiden Pemasaran dan Jualan, Asia dan Oceania, Nissan Motor Asia Pacific Co., Ltd., Vincent Wijnen. 

Nissan Serena S-Hybrid hadir dengan rangkaian teknologi dan ciri pintar yang memberikan banyak kemudahan.

Ciri Nissan Intelligent Mobility (NIM) telah ditambah. Ia merangkumi ciri Intelligent Around View Monitor (I-AVM) yang pertama dalam kelasnya, 4 kamera yang menawarkan pandangan 360° kenderaan dari atas untuk memudahkan urusan navigasi.

Intelligent Moving Object Detection (I-MOD) pula mengesan objek-objek yang bergerak di sekeliling kenderaan untuk memberi amaran kepada pemandu. Pintu Gelungsur Kembar Berkuasa Dengan Pengesan Kaki boleh dioperasi dengan satu pergerakan kaki di bahagian bawah pintu untuk membuka atau menutupnya.

7 port USB disediakan untuk keperluan mengecas peranti elektronik penumpang. Pintu Belakang Dwi-Bukaan boleh dibuka dengan mudah, walaupun di ruang parkir yang sempit.

6 beg udara SRS dan ciri keselamatan yang lain hadir sebagai ciri standard pada Nissan Serena S-Hybrid.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh menikmati kempen “Tawaran Hebat 0% GST” yang menawarkan kadar 0% GST dan Duit Raya Rebat pada harga RM135,195.59 untuk varian Premium Highway Star dan RM123,874.84  bagi Highway Star (harga di atas jalan tidak termasuk insurans di Semenanjung Malaysia), sepanjang bulan Jun 2018.

Pandu uji Nissan Serena S-Hybrid, MPV No.1 di Jepun di Karnival Pandu Uji Nissan yang diadakan di bilik-bilik pameran Nissan terpilih di seluruh negara.

Tarikh dan lokasi adalah seperti berikut:

GALERI

Google ads
Back to top button