Buletin

KERAJAAN TANGGUNG SUBSIDI HAMPIR 30 SEN UNTUK SETIAP LITER RON95 DAN DIESEL

Kerajaan kini perlu menanggung subsidi pada kadar hampir 30 sen seliter selepas harga siling untuk petrol RON95 dan diesel ditetapkan pada RM2.05 dan RM2.15 seliter. Perkara perkata diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Menurut Muhyiddin, kerajaan menetapkan harga siling bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan bahan bakar itu. Jika dilihat kepada trend semasa, harga minyak dunia dijangka terus meningkat.

“Ini bermakna kerajaan menanggung jumlah subsidi bernilai RM3 bilion pada harga semasa,” katanya dalam perutusan khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) pada Rabu.

Kementerian Kewangan menyatakan bahawa harga semasa petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Mac.

Sementara itu, kerajaan juga memberi subsidi hampir 50 peratus bagi setiap tong gas cecair petroleum (LPG) 14 kilogram (kg) yang digunakan rakyat khususnya isi rumah.

“Harga sebenar di pasaran setong gas LPG bersaiz 14 kg pada masa ini ialah sekitar RM50. Namun, harga runcit telah ditetapkan pada paras RM26.60 setong,” katanya.

Perdana menteri berkata, kerajaan akan terus memberi subsidi berkenaan supaya harga barangan keperluan harian kekal berpatutan. – Bernama

Google ads
Back to top button