Buletin

COVID-19: TAK BOLEH JERIT NAIK ROLLER COASTER

Pentadbiran taman tema di California, Amerika Syarikat (AS) melaksanakan penguatkuasaan larangan menjerit ketika menaiki permainan ekstrem tersebut dalam usaha menghentikan penyebaran virus Covid-19.

Larangan tersebut merupakan antara garis panduan pembukaan semula taman tema dengan bertanggungjawab di bawah kendalian Persatuan Tarikan dan Taman California (CAPA) yang mengarahkan semua taman tema termasuk Disneyland melarang pengunjung menjerit ketika menaiki permainan ekstrem seperti rollercoaster.

Menurut portal People, selain menjerit, pengunjung juga perlu mengehad aktiviti seperti menyanyi, bercakap serta bernafas dengan kuat.

CAPA juga mahukan semua pengunjung memakai pelitup muka di dalam kawasan taman tema supaya tiada titisan air liur menitik di atas mana-mana permainan di situ.

Pihak tersebut juga meminta semua taman tema di negeri itu untuk mengehadkan bilangan penumpang dalam semua permainan bagi memberi ruang kepada pengunjung ketika proses keluar dari roller coaster.

Panduan baharu itu turut dikenakan di taman tema popular lain di Golden State termasuk Six Flags Magic Mountain, Knott’s Berry Farm, Legoland California dan SeaWorld San Diego.

Menurut laporan Jabatan Pendaftar Wilayah Orange, ia turut terpakai untuk tarikan dan pertunjukkan di dalam kawasan tertutup.

Bagaimanapun, taman tema yang bukan ahli CAPA dikecualikan daripada panduan pembukaan baharu ini. – agensi

Google ads
Back to top button