Buletin

KERETA SPORT KLASIK YANG SEJUK (COOL) YANG BOLEH DIBELI DI SINGAPURA

Agak lama BK tak buat artikel sebegini. Jom kita tengok tentang kereta klasik yang masih lagi dianggal cool untuk dipandu di negera jiran Temasek. Entah wujud ke tidak entah kereta klasik sebegini di tempat kita kan?

Mercedes-Benz 190SL

Ini mungkin kereta buat si Playboy di era 60an, Mercedes-Benz 190SL keluaran tahun 1960. Sebagai sebuah model sport dengan bumbung softtop yang boleh dibuka / disimpan sudah semestinya model ini menjadi idaman buat para wanita untuk mendekati pemiliknya.

Menggunakan enjin SOHC 1.9 liter serta dipadankan dengan kotak gear manual empat kelajuan dengan kuasa 120 HP serta 155 Nm, ianya mampu mencapai catatan masa 13.3 saat daripada 0 – 100 km/j. Kau jangan gelak dulu, itu jam ianya sudah dianggap cukup laju walaupun kelajuan maksimum hanyalah 107 km/j. Tahukah berapa harga yang dibuka untuk pasaran sana, tak murah juga. $720,000. Kali dengan tiga lebih dah berapa pula oi duit kita ni?

Porsche 911SC

Melihatkan reka bentuknya walau pun model klasik budak – budak pun mudah untuk kenal. Porsche akan tetap Porsche dengna reka bentuknya. Dan ini adalah Porsche 911SC keluaran tahun 1983. Dan seperti biasa, apabila model dengan soft top ini memang akan membuatkan sesiapa mudah untuk jatuh hati.

Dengan enjin 3.0 liter yang berada di bahagian belakang, ianya adalah ciri khas buat Porsche 911 ini sejak kian kalinya. Dengan bayaran sekitar $290,800 (RM1,008,748), ianya tidaklah murah tetapi hanya Jakpor sahaja yang mengenalinya. Eh!

Ferrari Dino GT4

Ferrari Dino GT4 ini pastinya mampu menarik perhatian buat penggemar kereta Supercar dari Itali ini. Ferrari Dino GT4 keluaran tahun 1974 ini adalah produksi pertama dari Ferrari yang menggunakan mid enjin V8 (3.0 liter) serta model pertama yang direka oleh Bertone.

Berbanding warna merah sebagai tradisi, pemiliknya telah melayangkan warna British Green Racing yang nampak macam kena juga kan. Nampak klasik dan garang. Harga yang diminta sebagai pertukaran hanyalah $268,000 (RM929,612).

Valiant Barracuda

Reka bentuk macam kereta muscle. Tapi jenama apa benda ni? Mengikut rekod Valiant Barracuda adalah sebuah model keluaran Chrysler tahun 1966 yang jelas sekali cuba menjadi pesaing kepada model Ford Mustang di kala itu.

Ianya menggunakan enjin 3.7 liter Slant 6 dengan kuasa sekitar 148 HP boleh dibeli dengan harga $115,000 (RM398,898) sahaja.

Volkswagen Karmann Ghia

Inilah dia tuan tuan kereta sport coupe pertama dari Volkswagen, Karmann Ghia yang telah direka oleh Carrozzeria Ghia dan telah dibina dengan menggunakan tangan oleh Wilhelm Karmann. Ianya menggunakan enjin Type 14H dengan enjin yang sama digunakan pada Volkswagen Beetle Type 1.

Harga yang diperlukan untuk membeli kereta sport coupe keluaran tahun 1970 ini hanyalah cuma $89,900 (RM311,834) sahaja. Paling murah berbanding senarai yang ada di atas ini. Amacam, kool kan kereta klasik sport di negara jiran kita?

Kredit Foto : www.sgcarmart.com

BACA : KERETA YANG SEJUK (COOL) YANG BOLEH DIBELI DI SINGAPURA 2.0

BACA : KERETA YANG SEJUK (COOL) YANG BOLEH DIBELI DI SINGAPURA

Google ads

B K

Back to top button