Artikel Pilihan

KERETA YANG SEJUK (COOL) YANG BOLEH DIBELI DI SINGAPURA

Satu perkara yang ramai boleh bersetuju adalah di Singapura terdapat pilihan yang banyak tentang kereta menarik untuk dimiliki. Sudah tentu apa yang menarik di sana, tidak dijual di sini. Dan suka untuk Brader Karrager kongsikan antara kereta yang kelihatan cool untuk dipandu dan dimiliki.

Daihatsu Materia

Tahukah anda bahawa Daihatsu Materia ini jikalau dilihat dari jauh sudah boleh membuatkan ramai orang terteleng melihatkan kelibatnya. Pasti ramai yang menyangka ianya adalah Perodua Kenari versi dewasa. Mini MPV ini mula dikeluarkan sekitar tahun 2006 dengan kembarnya si Toyota bB turut juga dijual di sana.

Rekaan seumpama mesin basuh ini sebenarnya tidaklah asing kerana DNA Daihatsu / Jepun sememangnya begitu. Reka bentuk kekotak dan ringkas tetapi masih lagi kelihatan bergaya untuk dipandu oleh anak muda.

Kini harga untuk pasaran terpakai di Singapura adalah sekitar $22,000 (RM65,664) termasuklah dengan COE. Kalau ada jual Scrap memang Brader Karrager beli buat ulang alik pergi kerja.

Daihatsu Copen

Buat anak muda yang benar berjiwa muda, sudah pasti Daihatsu Copen generasi pertama ini lebih sajak dipandu berbanding Daihatsu Materia tadi. Sporty dan dua pintu. Itulah dia terma sebenar untuk sebuah Kereta Sports sejati. Kecil pun keciklah. Apa ada hal.

Dijanakan enjin 660cc dengan pengecas turbo, enjin asal dari Jepun ini mempunyai kuasa sekitar 86 hp dengan kuasa tujahan 110 Nm. Bayangkan memandu di sekitar kawasan pantai di Pasir Ris sambil makwe duduk sebelah dengan shawl Duck terbang melayang apabila bumbung dibuka sepenuhnya. Fuh, pasti ramai mata yang memerhati Kereta Sports murah yang kelihatan macam mahal ini. Boleh dah kalau nak beli dengan harga serendah 20,000 (RM59,6859) mengikut tahun didaftarkan.

Opel Meriva

Opel Meriva barangkali secara kasar dilihat tidak punya faktor cool untuk dipandu oleh Ketua Keluarga dengan anak kecil dua orang. Nampak macam sebuah kereta biasa – biasa. Tapi sebenarnya MPV Kompak ini masih kelihatan menarik untuk dipandu.

MPV kompak yang dijanakan dengan enjin bersesaran 1.4 liter ini turut dilengkapi dengan pengecas turbo. Bolehlah dapat kuasa sekitar 138 bhp. Memang cukup berkuasa. Sekali tekan, dari Woodlands terus sampai ke Pasir Ris.

Tapi bukan itu yang menjadikan Opel Meriva ini cool. Tetapi penggunaan pintu jenis suicide door yang membuatkan model ini kelihatan agak bergaya. Pergi pasaraya pasti ada yang akan berkata “Uyooo..boleh buka pintu terbalik”.

Toyota Prius Alpha

Anda adalah Ketua Keluarga dengan mempunyai antara tiga ke empat orang anak kecil. Nak pandu Daihatsu Materia, dah tak celuih. Memang kena cari MPV lah kan. Tapi takkan nak beli Wish? Biasa sangat. Tak cool. Nah, pilihan yang sedap mata memandang adalah Toyota Prius Alpha. Sebuah MPV tujuh tempat duduk hibrid.

Secara asasnya MPV hibrid ini menggunakan enjin 1.8 liter sebagai nadi utama disamping penggunaan sistem Hybrid Synergy Drive dan juga pek bateri 201 volt yang sama seperti Toyota Prius. Sekali imbas Prius Alpha ini memang kelihatan sangat garang dengan penampilan luarannya. Malah ianya turut mempunyai daya seretan yang rendah juga, 0.29. Terima kasih kepada rekaan muka hadapan yang kelihatan cukup aerodinamik.

Sekali imbas, Toyota Prius Alpha ini barangkali hampir seiras macam Toyota Wish. Tapi inilah dia pengganti kepada Toyota Wish sendiri. Pada harga lebih kurang 100,000 (RM297,568) untuk model terpakai tahun 2018 ianya barangkali cukup cool untuk dipandu bersama ahli keluarga yang lain.

Kredit Foto : www.sgcarmart.com

BACA : WAGON BAJET – APA PILIHAN YANG KITA ADA

BACA : MPV SAIZ PENUH YANG ANDA BOLEH MILIKI DENGAN RM50000

Google ads

B K

Back to top button