Buletin

KERETA SPORTS DIESEL TRIDENT

Jenama kereta sports dari Britain, Trident baru-baru ini mengumumkan tawaran kereta sports keluarannya, Iceni.  

Iceni-Magna-Mekanika (1)

Iceni ialah kereta sports diesel yang paling pantas dan menjimatkan minyak di dunia. Kereta itu mampu mencecah kelajuan sehingga 306 kilometer sejam (km/j). Ia boleh mencapai jarak sejauh 3,218km dengan setangki bio diesel atau mineral.

Jentera ini menggunakan teknologi penggandaan untuk mencapai gabungan unik di antara pecutan, kuasa dan penjimatan bahan api. Trident telah mempatenkan teknologi penggandaan tork itu yang digunakan pada semua kenderaan keluarannya.

Ia dijana oleh unit enjin Duramax bersesaran 6.6 liter V8 buatan GM yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 385hp dan tork 948Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan automatik.

Iceni-Magna-Mekanika (2)

Model-model baharu yang ditawarkan ialah Iceni Magna (fastback), roadster dan Iceni Venturer (estate). Ketiga-tiga model ini memiliki spesikasi sama, tetapi dengan rekaan tersendiri. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai ruang yang cukup untuk meletak barang bagi perjalanan jauh.

“Kami telah berusaha dengan sangat keras untuk sampai ke tahap ini. Trident amat teruja untuk menawarkan kereta sports diesel ke pasaran,” kata Pengasas Bersama Trident, Daniel Monaghan.

Iceni-Magna-Mekanika (4)

Kereta-kereta ini boleh dimiliki pada harga bermula £96,000 (RM529,543) seunit. Dikhabarkan bahawa ia mendapat sambutan hangat di seluruh dunia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button