Pandu Uji

FORD FIESTA 1.0L ECOBOOST – RM93,888

Akhirnya, varian terbaharu model kompak Ford Fiesta yang dilengkapi enjin 1.0L EcoBoost sudah boleh ditempah.

Ford-Fiesta-1.0L- EcoBoost-RM93,888-Mekanika (5)

Ditawarkan pada harga RM93,888 seunit, Ford Fiesta 1.0L EcoBoost hadir dalam varian Sport+ lima pintu serta tiga warna iaitu putih, hitam dan merah. Ia kini boleh didapati di semua bilik pameran Ford di Semenanjung Malaysia dan akan berada di Sabah dan Sarawak pada Jun.

Apa yang membezakan model ini dengan Fiesta lain pastinya enjin tiga silinder 1.0L EcoBoost. Teknologi EcoBoost menggabungkan teknologi pancitan terus bahan api, pengecas turbo dan pemasaan injap boleh ubah.

Ia membolehkan enjin kecil ini menjana kuasa dan prestasi yang menyaingi sebuah enjin petrol tradisional bersesaran 1.6L. Selain penjimatan bahan api dan tahap emisi yang terbaik dalam kelasnya.

Ford-Fiesta-1.0L- EcoBoost-RM93,888-Mekanika (3)

Enjin 1.0L EcoBoost mampu menghasilkan kuasa sehingga 125PS dan tork puncak 170Nm. Dengan kurang 25 peratus komponen yang bergerak, ia dapat mencatat penjimatan bahan api sekitar 5.3L/100km dan emisi CO2 121g/km.

“Para pelanggan akan merasai dengan segera dan menghargai betapa senyap enjin ini, berapa pantas kereta boleh memecut dan apa yang paling penting, begitu sedikit minyak yang diperlukannya,” kata Pengarah Urusan, Pasaran Membangun Asia Pasifik dan Malaysia, Ford Motor Company, David Westerman.

Ford Fiesta 1.0L EcoBoost menawarkan pakej keselamatan yang paling komprehensif dalam kelasnya. Ini termasuklah tujuh beg udara, Electronic Stability Program (ESP) dengan Traction Control System (TCS), Hill Launch Assist, ABS dengan Electronic Brake Force Distribution (EBD) dan Emergency Brake Assist (EBA).

Ford-Fiesta-1.0L- EcoBoost-RM93,888-Mekanika (4)

Jentera ini juga dilengkapi sistem Ford SYNC, Rear Parking Aid dengan Park Pilot, Sistem Kemasukan Pintar tanpa Kunci dengan Push Start Button dan banyak lagi untuk kemudahan pemandu.

Sama seperti semua kenderaan penumpang Ford yang lain, Fiesta ini hadir bersama Pelan Servis Lanjutan Ford (ESP). ESP Ford adalah program penyelenggaraan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 60,000km yang meliputi kos alat ganti dan buruh secara percuma.

Sebagai tambahan kepada pemeriksaan rutin dan servis penyelenggaraan, ESP Ford turut melibatkan penggantian percuma untuk sejumlah barangan terpilih seperti palam pencucuh, penyerap hentak, tali sawat enjin, pad brek dan bilah penggilap cermin.

Ford-Fiesta-1.0L- EcoBoost-RM93,888-Mekanika (2)

Untuk menyokong ketibaan Fiesta1.0L EcoBoost, Ford memulakan siri jelajah ‘Fiesta 1.0L Urban Playground’ pada 3 Mei.

Diadakan selama lapan minggu berturut-turut di sembilan lokasi terpilih, para pengunjung boleh merasai sendiri kuasa dan prestasi Fiesta 1.0L EcoBoost, aspek pengendalian dan pecutan mengagumkan.

Para pelanggan pertama yang membuat tempahan Fiesta 1.0L EcoBoost baharu di mana-mana lokasi siri jelajah Urban Playground juga bakal menerima satu fon kepala Edifier yang eksklusif ketika mendaftar.

Sebagai tambahan, pengunjung siri jelajah Urban Playground boleh berkongsi pengalaman mereka di laman Facebook Ford Fiesta di Malaysia (www.facebook.com/fordfiestamy) untuk peluang memenangi pencetak mobil pintar LG Pocket Photo yang terhad. Satu penyertaan bertuah yang disenarai pendek pada setiap minggu akan menerima gajet menarik dan menyeronokkan ini yang bernilai RM399 setiap satu.

Untuk mengambil bahagian, anda hanya perlu “Like” laman Facebook Ford Fiesta di Malaysia, rakam gambar sendiri “selfie” bersama Fiesta 1.0L EcoBoost baharu dan hantar foto tersebut dengan penerangan lengkap serta hashtag #FiestaUrbanPlayground.

Pemilihan pemenang mingguan adalah berdasarkan kepada undian serta keputusan akhir juri melibatkan aspek kualiti dan kreativiti penyertaan. Penyertaan-penyertaan akan diterima sehingga 11:59 pm, 26 Jun 2014. Para pemenang mingguan akan diumumkan pada 9 Mei, 16 Mei, 23 Mei, 30 Mei, 6 Jun, 13 Jun, 20 Jun dan 27 Jun 2014.

Jadual penuh lapan minggu siri jelajah

300 because have around louis vuitton backpack to using took payday shower. Smelly disappointed. Pilaris pay day ship I is Overall.

1.0L Urban Playground adalah seperti berikut:

Tarikh Lokasi
3 – 4 Mei Sime Darby Auto Connexion, Petaling Jaya, Selangor
10 – 11 Mei Semangat Anggun Auto, Klang, Selangor
13 – 14 Mei Sime Darby Auto Connexion, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
17 – 18 Mei Capital Intertrade, Damansara, Petaling Jaya, Selangor
24 – 25 Mei Trio Mantap, Ampang, Kuala Lumpur
31 Mei – 1 Jun Sime Darby Auto Connexion, Juru Auto-City, Pulau Pinang
7 – 8 Jun Airmas Auto, Pulau Pinang
13 – 14 Jun Auto Lumina, Johor Bahru
21 – 22 Jun Persada Auto, Puchong, Selangor

Maklumat lanjut mengenai Ford Fiesta 1.0L EcoBoost baharu dan siri jelajah Fiesta 1.0L Urban Playground, sila layari laman web www.ford.net.my atau lihat Ford Fiesta di laman Facebook www.facebook.com/fordfiestamy.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button