Buletin

NASIM LANCAR PEUGEOT KUANTAN

Nasim Sdn. Bhd. (Nasim) baru-baru ini telah melancarkan cawangan terbarunya iaitu Peugeot Kuantan selaras dengan perkembangan rangkaiannya di seluruh negara. 

Nasim-Peugeot-Kuantan-Mekanika (1)

Peugeot Kuantan ialah cawangan baru kedua yang dilancarkan oleh Nasim pada tahun ini dan cawangan Peugeot yang ketiga di Pantai Timur. Dimiliki dan dikendalikan oleh Nalmax Sdn. Bhd., Peugeot Kuantan akan memberi perkhidmatan kepada pelanggan di Kuantan, Balok, Bukit Goh, Pekan, Sungai Lembing dan Gambang.

Dibina dengan kos sebanyak RM2.5 juta, Peugeot Kuantan ialah cawangan 3S ( jualan, perkhidmatan dan alat ganti) dengan kemudahan seperti lounge pelanggan, bilik mesyuarat, Astro, WiFi percuma dan kedai barangan rasmi Peugeot. Pusat perkhidmatan ini dilengkapi empat ruang servis dengan kemampuan untuk menyelenggara 20 buah kereta sehari.

Nasim-Peugeot-Kuantan-Mekanika (4)

“Dengan saiz 11,200 kaki persegi, kami bangga bahawa Peugeot Kuantan ialah salah satu bilik pameran terbesar dan terbaik di pantai timur,” kata Ketua Pegawai Operasi Nasim, Datuk Samson Anand George

Nasim akan melancarkan sembilan lagi cawangan menjelang akhir tahun ini. Sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 40 cawangan di seluruh negara.

Nasim-Peugeot-Kuantan-Mekanika (2)

Nasim ialah pengedar rasmi Automobiles Peugeot di Malaysia. Maklumat lanjut mengenai Peugeot Malaysia, sila layari http://www.peugeot.com.my .Like” halaman Peugeot Malaysia pada http://www.facebook.com/peugeotmalaysia dan ikuti Twitter @peugeotmalaysia di http://twitter.com/peugeotmalaysia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button