Artikel Pilihan

KERETA TERLARIS DI JEPUN 2019 IALAH HONDA N-BOX

Pasaran kereta di Jepun mungkin merupakan antara pasaran kereta paling menarik di dunia kerana mereka mempunyai model-model istimewa yang boleh didapati di sana. Ia juga dikenali sebagai model-model JDM (Japan Domestic Market).

Segmen kei car memang merupakan segmen paling popular di Jepun dan sejak tiga tahun lepas kategori kereta terlaris di Jepun memang dimenangi oleh kereta-kereta mikro.

Untuk tahun 2019, kategori kereta terlaris di Jepun dimenangi oleh Honda N-Box dengan rekod jualan 253,500 unit jualan. Nama N-Box mula diperkenalkan sejak tahun 2011 yang merupakan tahun pertama pelancarannya. Menariknya sebaik diperkenalkan N-Box terus meletup di pasaran.

Generasi kedua menyusul pada tahun 2017 dan menjadi model paling berjaya setakat ini dengan menyapu bersih kedudukan tempat pertama kereta terlaris sejak mula dilancarkan.

Jika jualan keseluruhan diambil kira termasuk tahun 2019, Honda N-Box sudahpun mencatatkan rekod jualan sebanyak 1.7 juta unit sejak model pertama dilancarkan. Ia merupakan satu angka yang cukup besar untuk sebuah model tunggal daripada satu syarikat pengeluar. Bangga abang H weh.

N-Box ditawarkan dalam tiga varian yang dinamakan N-Box, N-Box Slash dan N-Box Custom. Untuk lebih keseronokkan, kesemua varian boleh didapati dengan pacuan empat roda. Selain daripada N-Box, antara kei car lain yang ditawarkan oleh Honda termasuklah N-One, N-WGN dan model sport S660 Roadster.

Kesemua pengeluar kereta dari Jepun menawarkan kei car dalam barisan model keluaran mereka sejak kategori ini diperkenalkan oleh kerajaan dalam tahun 1994. Berdasarkan pindaan peraturan 1998, kei car mesti mempunyai enjin dengan sesaran maksima 660 cc dan kuasa maksima 63 hp. Panjang badan tidak melebihi 3,400 mm dan lebar 1,480 mm.

Google ads
Back to top button